Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..

Posted by: zul  /  Category: Kesihatan

Dua dan tiga hari kebelakangan ni Zul sakit.Kesakitan yang amat menyakitkan sehingga mengurangkan nikmat makan Zul selama ini.Rupaya wisdom teeth ataupun gigi geraham bongsu nak tumbuh.Gigi baru tuh baru nak keluar secara sedikit-sedikit.Mengikut kajian yang Zul lakukan ,gigi geraham bongsu ini selalunya akan tumbuh kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun.Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian tentang geraham bongsu nih:

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
news3_clip_image0011
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

So..buat masa sekarang ni gusi Zul tengah membengkak.Dah try guna pain killer ataupun dalam bahasa mudahnya ubat tahan sakit tapi tak bagi apa-apa kesan pun.Kesan ketara yang boleh nampak cuma tidor berlebihan..

Yelah..bila korang nak makan gigi geraham atas akan tindih tisu gusi yang ada di rahang bawah.So..jadi ngilu la gusi dan gigi.Semalam dah pergi klinik pergigian kerajaan tapi almakumlah masalah birokrasi menyusahkan rakyat marhaen seperti Zul ni.Rupaya..klinik pergigian tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian.So,treatment tak boleh dilakukan disana kerana operasinya sudah dipindahkan ke Klinik Kerajaan yang lain.Kalau pindah dekat-dekat takper…ni jauh..So..Zul amik keputusan just beli ubat pain killer dan tengoklah kesudahannya esok.Kalau masih sakit berdenyut-denyut jugak..g klinik la..jumpa dentist..

P/s:Dipost entry ini dalam keadaan yang sedang berdenyut-denyut di persekitaran gigiku..

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

35 Responses to “Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..”

  1. hazman aka species1980 Says:

    Pernah kena kes yang sama tahun lepas….memang layan PAIN KILLER…

    hazman aka species1980’s last blog post..Tidur lebih lena

  2. lilacfla Says:

    wawah… sakit ada yg sampai demam orang kata,

    skang tanaek g, so masih muda belia agi a. hihihi

  3. nono Says:

    hoho.. kita tak tumbuh lagi.. ehehe

    nono’s last blog post..Season of Love

  4. Lieja Says:

    salam. bila gigi bongsu nk kuar, ek?

  5. maryam dzulkifli Says:

    ckp ttg wisdom teeth ni org punye pon nk tumbuh da :sad:
    sakit ooo~wisdom teeth org kua belah kiri atas n belah kanan bawah~grrrrrrr~kalo duk main2 lidah kt area gigi tu lg sakit so da conclusion is never ever kacau da teeth with ur lidah~

    kes abg kndg org cm zul jugak…mule2 dentist asah je xnak bg tajam gigi so gusi bwh xsakit tp last2 abg org xthn dia mntk doc cabot je~

    kes mak org,,dia xde wisdom teeth…so btl la kenyataan artikel tuh….bile parents sakit xsemestoye anak akan sakit bile tumbuh gigi nih tp kes org terbalik la~mak xsakit tp anak sakit~

    lg 1,,makan pain killer xelok tau~melemahkan ur brain memory~cuba la tahan~org branak lg sakit~leh je tahan~cube cabar diri dgn org yg branak;) heheheeee~

    cm org ni sakit coz 2gigi wisdomm nak tumbuh+lidah yg asyik cm pedih+sakit coz baru control braces~sakit sgt…cm nak demam…..tp sabar je…xmo mkn pain killer….bersabar itu lebih baik~xnak take d risk takut otak jd pelupa~bkl doc maNe leh lupe..susah nanti :sad:

    maryam dzulkifli’s last blog post..~yes i like you~

  6. admin Says:

    @maryam dzulkifli, wah panjangnya bila komen..zul suka…hehe
    :twisted:
    alhamdullilah..sekarang gigi dah ok…huhu..masa mula2 nak tumbuh jer rasa sakit..lepas tuh..dah takder sakit apa2 pun..lebih kurang seminggu..ok lah gigi tuh…

    huhu…wah bila atas bertemu bawah..nak kunyah pun susah maryam..huhu…
    (nikmat makan pun hilang)

  7. Hana Says:

    Hana baru mengalaminya bulan lepas dan hingga kini, jika dulu sakitnya taklah berapa sakit tapi dah biarkan gigi tu tumbuh, makin membesar makin sakit pula rasanya..uhuhuu….

    Yang peliknya, Hana dah umur 27 tahun baru tumbuh gigi terakhir ni… gusi dah keras dah, gigi baru tumbuh.. wah tak dapat nak gambarkan sakitnya gigi yang tumbuh ni..adoiii…

  8. yas Says:

    ni aku tgh layan sakit la ni!!! AARRRGGGHHHH TENSIOOOONNNNNN!!!!!!!!!!!!!

  9. yas Says:

    AKU NI UMUR DA 28[ da jadi bapak org da ] TAPI BARU NAK TUMBUH.NI AKU TGH LAYAN SAKIT LA NI C BNYK SWASTA TUTUP LAGI SBB RAYE.AAADDDOOIIIII

  10. lailawati Says:

    aku ni umo 25 thn.. lusa nak kene wat minor oral surgery.. tp aku rase mcm takut sgt arr.. kwn aku wat op tp yang major punye mc dia smpai 12 ari.. mslhnye skrg ni aku takut sbb kwn aku wat op tu ade mslh rase kebas smpai skrg.. doc ckp op yg dia wat tu dah tekene saraf.. so dia mkn or minum skrg ni sebelah kanan dia x dpt rase ape2 sampai minum air pun meleleh kuar..yg sblh kiri ok je… kesian n aku tkt aku pun akan alami pekare yg same mcm dia.. rase kebas yg dialami tu dah 3 bulan lbh.. n doc ckp kat dia kalo dlm tempoh 6 bln dia masih rase mcmtu, maybe akn kekal… wpun aku punye sblh je impacted tp aku ttp rase risau sbb kedudukan gg aku horizontal.. tp cmane pun aku mesti gak wat sbb aku xnak sakit yang aku alami tu berlarutan n memudaratkan aku pd mase akn dtg nti.. doakan semoge sumenye selamat utk aku ek… mekaseh…

  11. Lady Nass Says:

    sakeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet….!!! :sad:

  12. laling Says:

    aku pon tgh menanggung kesakitan ni..adoii……
    aku ingt dah abis kuar sume dah..
    x silap aku bln 7 aku dah mengelami bende ni….
    sampai bengkak2 gusi…sampai org kate aku dah chubby…hahahhah
    pdhal aku tgh menanggung kesakitan…!!!!!!!
    aku pon terkezut ble doc ckp ade gigi nak menyorong keluar..tu yg bengkak…
    adoiii..x abis lg…ingtkan die kuar serentak ari tu….
    nak mkn pon dah xde selere..mkn ape pon x dpt nak kunyah..trs telan je..
    yg kelaka…makan sotong pun sampai tawar tp x hncr2 lg..last2 buang je..hhahaha

  13. laling Says:

    aku pon tgh menanggung kesakitan ni..adoii……
    aku ingt dah abis kuar sume dah..
    x silap aku bln 7 aku dah mengelami bende ni….
    ni aku alami lg skali….semakin nak membsr aku nih…
    sampai bengkak2 gusi…sampai org kate aku dah chubby…hahahhah
    pdhal aku tgh menanggung kesakitan…!!!!!!!
    aku pon terkezut ble doc ckp ade gigi nak menyorong keluar..tu yg bengkak…
    adoiii..x abis lg…ingtkan die kuar serentak ari tu….
    nak mkn pon dah xde selere..mkn ape pon x dpt nak kunyah..trs telan je..
    yg kelaka…makan sotong pun sampai tawar tp x hncr2 lg..last2 buang je..hhahaha

  14. sue84 Says:

    arghhhhh…sakitlah wei,lalalaaa!sakit yg teramatlah wei!gg bongsu baru nk tumbuh di usia baru nk masuk 26!hmm..xtau nk cakap cmne kesakitannyer..smpai boleh rasa denyutan kesakitan ni bile letakkan jari di bhgn luar pp..kena nerve mmglah sakit,perit!

  15. shamni Says:

    sue84.sama la cam kita.tengah duk tanggung sakit nih..
    pipi mcm bekas org blasah jer.huhuhuhuuu..
    dah makan ubat tapi.tak ok gak..2 ari lagi tinggal..kene pi klinik balik nk x ray..mgkin kene operat buang.wua..wua..wua..
    nak latih lari pun tak leh..semua down..akit!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  16. naquiah Says:

    @hazman aka species1980,
    kalo sakit gusi y hujung bawah camner?third molar nih atas ke bawah?atau dua2 ade?

  17. naquiah Says:

    @maryam dzulkifli
    wisdom teeth nie ade brape?

  18. naquiah Says:

    @shamni,
    waaaaa…naquiah bru 18…waaa..sakit gusi..

  19. h0neybee Says:

    sakitnye!!!lapau tp xdpt nk mkn….demam dibuatnye…huh…… :cry:

  20. HAHA Says:

    @nono, :twisted: haha x tumbuh lag siap la ko…aku bdesing kpala ni, tumbuh sparuh..jumpa doc, pas bengkak kena treatment plak..hohoho xmo bro

  21. HAHA Says:

    @naquiah, :roll: :roll: :roll: wa sakit maaaaaaa…gusi dh bengkak, gg tumbuh sikit jer dilitupi gusi uwaaaaaaaaaaaaa

  22. cheksue89 Says:

    penderitaan………..ya Allah!ujian ni mcm xble dah diatasi….sakit la…nasib baik ada jgk org penah alami ksakitan ni so terubat ckitla…hehe6x..takpela.aku terima cabaran ni tanpa ubat!!!yeah!!aduh…..

  23. ayeel Says:

    aku tgh menahan sakit nie… rase cam nk cabot jerk gigi nie skarang… ade xjln lain utk sattlekan prob nie ? aku da check DR, than DR ckp kene cabut.. aku ingat 50-100 inggit, skali DR ckp RM350.. btl ker harge dia cam nie… sakit nie da xtertahan… berdenyut2… sumpah xtahan da nie!

  24. zaisharyani Says:

    aku pun mengalami benda yg sama ni. dah la aku tgh pregnant. nk mkn pain killer, tak boleh. doc nk bwk p dentist pun tak boleh. kesudahannya, tahan jela. Benci sngt bila tgk mkanan..waaaaaaaaa

  25. unaku Says:

    sakit!!!!!!
    kene bedah ker? aku nak makan nasi pun xdapat kuyah dengan betul…telan je..da xhadam..
    sakit!!!!hehhe :shock:

  26. izah abd Says:

    Salam…baru je mencari info psl gg bongsu ni.ni nak kongsi pengalaman je,umur dah 29thn.minggu ni hari isnin pp sakit melampau,hari selasa g dentist,buat xtray kat mulut,doc ckp memang kena buang gg tu. sebelah bawah kiri.bayar xtray + ubat pain killer,antibiotik 140.hari rabu dah buat minor surgery.bayar lagi 750.siap jahit guna benang hitam kat gusi n rahang ni. baby x leh susu bdn sebab mkn pain killer n antibiotik high dosage. khamis dapat flu pulak…minggu depan dah start mengajar…ingat nak amik mc,tambah cuti….iskh,sakit lepas operate denyut-denyut sikit ni.

  27. jaa Says:

    hmmm..tgh cr info psl gigi geraham bongsu ni…x sangka plak umur dah 31 thn masih nak tumbuh gigi…berdenyut2 dari mlm td..hmm sungguh x selesa…susah klu kena wat surgery….cuti susah….

  28. Mamat Says:

    Nie lag Dasyat… aku dah umur 32 baru dok tengah tumbuh nie…sakit yg amat..!!! adoiiii…

  29. orang_letrik Says:

    tgh menanggung sakit skrg nih..
    tu pasal la google cari pasal info wisdom teeth. sekali singgah pulak kt sini..thanks for the info.

    ~nk makan pon xde selera.huhu.

  30. wahida Says:

    Weeeee…sakiiittt bangat!!! Camner nie..kiri kanan pulak tue, minggu nie dah la nak g bandung..argghhh…tak syoknyer..mesti tension jek…camner nak buat nih…sakit dia fulamak, smpai urat kepala, nak sujud sembahyang pun rasa nak pecah kepala dibuatnyer, tak tipu..dah demam hampir 2 minggu,sekarang masih berdenyut2…adoi mak sakit..

  31. xmubarakx Says:

    peh…nseb baik aku 22 bru rasa…argh..
    tngah sakit ni la…
    nak exam plak tu…
    adoi adoi~ tolon2~~ x der kesembuhan segera ker? rsa mcm nk lompat umah tingkat 15 ni….~

  32. khaled Says:

    skang ni aku tgh tahan sakit yg amat sgt, klu x mkn pain killer mau netes airmata..
    aku dh x-ray dan terbukti geraham bongsu aku tumbuh melintang.
    nasihat aku pd org yg ada geraham bongsu – cabut la masa x sakit ni.
    aku g klinik/spital gomen je. klinik swasta nk cabut mau RM400-RM800. kt gomen RM50 lebih, hehehe..

  33. ila Says:

    ermh… skang tgh sakit jugak.. tadi cuba pegi pvt clinic. dia bg pain killer n antibiotik.. n dalam 2 hari nk tgk balik mcm mana n kene cabut. kos? kos-Rm500.. mahalnya..
    tak puas hati p pulak klinik gomen. tak sampai 5min doktor cek.. cuma bg pain killer n nasihat..

    tp sakit bangat nih.. masuk hari ni dh 3hari.. nti nk p klinik gomen lagi..nk cabut jelah…
    tak tahan!

  34. fariz Says:

    aku 23thn…aku pon tgh saket gigi geraham bongsu nie..dah laa skang nie baru ari kedua puasa ramadhan..tibe2 jek rase saket kat gigi..engatkan gigi ade mknn terselit ke ape..pas tgk kat cermin baru nmpk ade bukaan kat gigi geraham bongsu…pas bace kat page nie baru tau pasal gigi geraham bongsu saket bile nk tumbuh..nak makan pain killer pon xbleh sbb tgh pose…mintak2la xdemam..dah la cuti nk simpan tuk hari raye nie…huhuhuuhu…sakeeettttnyeww…T__T

    p/s: kalau xcabut xbleh kew??takot nnti ade effect laen jek klu pas cabut gigi nanti…konpius???

  35. dila Says:

    hurmmmm…
    gigi gerham bongu aku pn sm,,,tp rase dh lma dh dia tumbuh cuma xsepenuhnye…time puasa ni la dia nk sakit..terkena brush msa sahur hri tu…skrng ni gigi aq yg hujung tu still tertutup ng gusi separuh n sakit3x….2 minggu lalu dh pg klinik dia bg antibiotik ng thn skit…..tahan sminggu je..n sakit balik…gusi tu nmpk mcm terbuka tp still xterenjak2 ag…aku sakit gusi tu…..sedihnye….mlm sok nk gi klinik dh..xtahan.. :cry: :cry:

Aik pandang jer ? Komen ler..

CommentLuv Enabled