RSS Banner


Upin Ipin : Laksamana Upin & Ipin.

Sebelum ini kecoh jugalah , yang filem Upin & Ipin : Angkasa akan ditayangkan pada 2011 . Namun mengambil kira dari segi pemasaran , Les Copaque telah mengambil langkah drastik dengan membuat sidang pelancaran filem terbaru mereka iaitu Upin Ipin : Laksamana Upin & Ipin bagi menganti Upin Ipin : Angkasa .

Apapun..tahniah diucapkan kepada Les Copaque yang telah mengangkat industri animasi negara.

SELEPAS berjaya dengan kemunculan filem pertama Geng: Pengembaraan Bermula, Les’ Copaque Production akan tampil dengan filem animasi keduanya, Laksamana Upin & Ipin yang dijangka ditayangkan pada tahun 2012.

Laksamana Upin & Ipin diinspirasikan dari episod Kembara ke Pulau Harta Karun musim ketiga. Filem ini memperlihatkan Upin & Ipin menerokai lautan memerangi segala cabaran dan rintangan.

Terdapat elemen-elemen dan suasana kisah pengembaraan lanun, menjadikan ia sebuah filem aksi-pengembaraan yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

Pihak Les’ Copaque sedang berusaha untuk menaikkan kualiti dari segi teknikal berbanding filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Penyelidikan tentang teknologi stereoscopic sedang giat dijalankan bagi membangkitkan kesan 3D ke tahap optimum. Teknologi stereoscopic pernah digunakan dalam filem Avatar.

“Kita mengambil contoh filem Avatar untuk meningkatkan produk dengan teknologi dan berhemah. Jadi sebab itu kita menggunakan teknologi stereoscopic dalam filem Laksamana Upin & Ipin,” kata penerbitnya, Burhanuddin Md Radzi ketika sidang media filem tersebut di Grand Bluewave, Shah Alam semalam.

Filem arahan Muhammad Usamah Zaid Yasin itu akan membelanjakan RM6 juta dan kata Burhanuddin semasa berucap di sidang media itu, mereka mengalu-alukan pihak penaja yang berminat untuk menaja kos tersebut.

Sebelum ini, Upin & Ipin digembar-gemburkan akan tampil dengan Upin dan Ipin: Angkasa dan bukannya Laksamana Upin & Ipin.

Namun, Burhanuddin berkata mereka tidak dapat meneruskan idea tersebut kerana dirasakan tidak dapat memenuhi citarasa penonton di Indonesia.

“Kalau kita teruskan dengan Upin & Ipin : Angkasa, jalan ceritanya mungkin terlalu moden dan tidak sesuai dengan budaya di Indonesia.

“Kita fikir hendak mengubah idea lain setelah memikirkan faktor penonton di Indonesia dan bukannya mereka yang meminta kita mengubah idea itu. Apabila kita tampil dengan idea Laksamana Upin & Ipin, kita rasakan ia boleh dicampurkan dengan cerita dongeng orang Indonesia dan Malaysia.

“Kita perlu fikirkan semua faktor itu bagi mendapatkan sokongan dan sambutan yang cukup tinggi. Antara 1.2 juta peminat di FaceBook, 80 peratus adalah dari Indonesia yang meminati Upin & Ipin. Jadi kita tidak boleh melupakan peminat Indonesia,” jelasnya.

Sementara itu, Usamah berkata sebenarnya Laksamana Upin & Ipin juga merupakan sekuel siri Hang Upin & Ipin yang pernah ditayangkan di televisyen sebelum ini.

“Dari situ, kita fikirkan idea untuk membuat Laksamana Upin & Ipin secara meluas. Kita akan memasukkan ciri-ciri kemelayuan dan serapkan unsur dari Indonesia termasuk watak lagenda dan mitos kisah-kisah dari Indonesia dan Malaysia,” ujarnya yang mahu merahsiakan terlebih dahulu tentang watak-watak lagenda dan mitos yang akan muncul dalam filem tersebut.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Hiburan

Pecah Perutku Menonton Spontan

Masa aku final , aku rasa amat tertekan . Dahlah nak kena cover semua bab tapi bila dah habis baca lupa. Masa tu , rasa macam nak give-up . Namun syukurlah aku melaluinya tanpa perkara yang tidak diingini . Well dalam sibuk study , aku sempat juga menonton Spontan iatu sebuah show komedi yang memerlukan pesertanya melakukan dan melakonkan sesuatu tugasan diberi secara Spontan.

Untuk pengetahuan lanjut , Exucutive Producer untuk Spontan adalah Afdlin Shauki . Aku gerenti koranglah kalau korang menonton Spontan pasti korang akan terhibur. Kudos untuk Afdlin Shauki and the team.

Yang paling melucukan ialah melihatkan Din Beramboi yang mengenakan teamnya dalam Tugasan Demonstrasi . Banyak menjadi mangsa Din Beramboi . Sathiya juga tidak terkecuali apabila disapukan tepung pada mukanya . Khir Rahman juga dikenakan oleh Din Beramboi yang menampal kepingan kertas di mukanya.


Salah satu segmen dalam Spontan

Dalam segmen Soal Menyoal pulak , nampak menarik apabila dua peserta perlu saling menayakan soalan namun perlu menjawabnya dalam bentuk soalan juga dan nampak rasional . Segmen pemberita berkepala tiga juga begitu melucukan kerana peserta seperti Din Beramboi,Afdlin dan Douglas Lim perlu menyampaikan berita bertiga melalui satu perkataan dan bersambung-sambung .Macam-macam perkataan keluar dan kadang-kadang amat mengelikan hati dan hampir membuatkan perut ku pecah.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Hiburan, Perbincangan Am

Pilih Kasih-Satu Lagi Program Realiti Malaysia (Made by Malaysian)

Malam tadi Akademi Fantasia 7 telah melabuhkan tirainya dimana Hafiz telah diumumkan sebagai pemenang.Dan kelmarin juga aku sempat menonton sebuah lagi rancangan realiti terbaru yang dikelolakan oleh Hero Malaya,Rosyam Nor iaitu Pilih Kasih yang diterbitkan oleh Suhan Movies and Trading milik Rosyam Nor sendiri.Pilih Kasih juga telah berjaya menarik TM untuk untuk menjadi penaja rancangan realiti ini.

Pilih Kasih merupakan realiti show pertama seumpamanya di Malaysia di mana tujuan realiti show ini adalag untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang lakonan.Kiranya ini merupakan inovasi baru dalam rancangan realiti show di Malaysia yang selama ini tertumpu kepada nyanyian semata-mata.

3408618009_b8124d0a7e

Sewaktu aku menonton rancangan ini semalam ,aku dapat melihat pelbagai karenah dan ragam peserta dimana ada diantara mereka terpaksa menampar antara satu sama lain,memarahi satu sama lain dan ada juga perlu menitiskan air mata untuk melakon watak masing-masing.
n67277977422_2209943_3829529
Bagi aku oklah show ni.Cuma tak taulah peserta rancangan ini ok ke tak..
Whatever..gud luck for this show.

Posted by: zul  /  Category: Hiburan