RSS Banner


Kenapa perlu buka mata masa membeli barang-barang di supermaket?

Zul tau dikalangan semua reader Zul nih , ada yang kaki shopping . Tak kiralah shopping online ker , shopping on sale ker dan macam-macam je shopping? Window shopping tu kira shopping ker? Uihhh..

But , be aware bila melibatkan pembelian barang-barangan dapur , sudah semestinya kita perlu peka dengan situasi itu . Contohnya , kalau nak beli daging ayam..seeloknya beli dekat pasar jangan beli dekat supermaket.Kebelakangan ini , banyak penipuan sijil halal dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Korang perasan tak kebanyakan sijil halal dekat tempat penjualan daging-daging mengunakan SIJIL HALAL SWASTA yang sukar dipercayai kesahihannya . Seelok-eloknya biarlah sijil dari JAKIM sendiri ..dulu HDC yang keluarkan sijil ni..

Kalau tempat anda beli tu , menyimpan barang-barangan halal bercampur dengan bahan haram , maka anda perlu membuat aduan kepada Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM) . Contohnya , sebelum ini kita terdengar kisah dimana bebola babi disimpan bersama mee mentah .

Masa shopping itu juga, pastikan barang-barangan yang anda beli itu halal. Elakkan memberi barangan yang mencurigakan dan kelihatan pelik dari segi pelabelan HALAL. Zul punya pengalaman tersendiri bila berhadapan dengan situasi ini . Masa tengah ronda-ronda di shopping mall tu , terjumpalah satu rak barangan macam minyak rambut , ubat gigi . Tapi Zul tertarik dengan satu poster yang besar tentang pewarna rambut yang dikatakan halal . Setahu Zul , mana ada pewarna rambut komersial yang halal . Sebelum ini Zul ada mengikuti satu forum perdana di TV1 berkaitan pewarna rambut ni . Wakil dari JAKIM mengatakan sebarang produk pewarna rambut tidak pernah mendapat sijil halal dari JAKIM. Bila berlaku perkara macam ni , kita sebagai pengguna haruslah mengunakan hak kita dengan membuat aduan kepada persatuan pengguna dan JAKIM . Berinai bolehlah…Ini buktinya:

Sila klik untuk tumbesaran gambar
read more…

Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa

Piala Dunia 2010 : South Africa

Hari ini 11 Jun 2010 . Hari pembukaan bagi kempen Piala Dunia 2010 . Sebanyak 32 negara bertanding untuk kejohanan kali ini .

Untuk perlawanan pembukaan menyaksikan perlawanan antara pasukan:
jadual piala dunia

Berikut pula adalah senarai mengikut kumpulan masing-masing:
league

Apa-apapun..pasukan pilihan aku kali ini Sepanyoll..go go go..

Posted by: zul  /  Category: Bola Sepak, Borak Kosong, Isu Semasa, Sukan

Dunia Baru Reunion

Wah..suka-suka.. Nampaknya siri drama masa aku muda-muda dulu kini kembali. Maklumlah mereka semua dah grad . Jadi masa untuk mereka bersama kembali .

Nampaknya dalam Dunia Baru Reunion ini Opie menjadi gemuk . Madihah pulak sedang sibuk melayan keletah anaknya yang sangat nakal. Plot penting drama ini ialah apabila si Tajol mengajak semua rakan-rakan untuk ke Bali untuk reunion dengan bayaran RM1500 .

Tapi malangnya drama ini tidak disiarkan di TV3 . Drama ini hanya boleh distreaming di Gua.com.my . Kalau malas masuk Gua , gi Youtube jer..search Dunia Baru Reunion

EPISOD 1

read more…

Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong, Isu Semasa

Rachel Corrie : Kebaculan israel kian terserlah

Aku mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di atas kapal Rachel Corrie . Dari pelbagai agensi berita seperti AP , Xinhua , AFP dan Al-Jazeera . Tidak kurang kurang juga melalui twitter .

Berikut adalah screenshot dari laman twitter rasmi ” Jurucakap Tentera israel”
israeldefenceforcetwitter

Difahamkan bahawa kapal Rachel Corrie yang dalam misi kemanusian dan membawa barangan pembinaan ,kesihatan dan makanan telah ditawan oleh Tentera Israel .untuk dibawa ke Pelabuhan Ashdod

Rakyat Malaysia yang berada di atas kapal kargo tersebut ialah Matthias Chang, Sukarelawan PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu. Turut berada dalam kapal berkenaan Ahli Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, Wartawan TV3 Halim Mohd dan jurukamera, Mohd Jufri Judin.

Sebelum ini , menurut sumber laman twitter IDF , kapal Rachel Corrie telah pun diberi amaran sebanyak empat kali seblum pihak israel menawan kapal tersebut .

Setakat post ini ditulis , belum dapat dipastikan bagaimana keadaaan sebenar . Namun demikian , PGPO sebagai penganjur telah berkata mereka akan mengikut arahan israel dan tidak akan mewujudkan konfrontasi .

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Isu Semasa

Insiden Berdarah Mavi Marmara

israel boycott

Semalam , 31 May adalah hari mendukacitakan bagi kemanusian . Sebuah konvoi kemanusian yang membawa bekalan untuk rakyat Palestin telah diserbu oleh skuad komando israel.

Sehingga entri ini ditulis , dilaporkan 19 orang telah maut dan lebih 50 orang cedera . Misi kemanusiaan yang terbesar ini melibatkan 700 sukarelawan dari seluruh negara .

Antara sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara ialah:

1.Ashwad Ismail (wartawan)
2.Shamsul Kamal (jurugambar)

Ironinya , israel yang terkenal dengan sikapnya yang akan mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan perbutan terkutuk itu mendakwa misi kemanusian itu hanya satu helah untuk membawa senjata kepada Palestin. Sehinggakan dalam Youtube.com , (saluran israel Defense Forces ) telah menyiarkan rakaman semasa serbuan itu . Antara yang memelikkan dan mengelikan hati ialah israel menunjukkan lastik , batang paip sebagai senjata oleh aktivis Palestin yang berada di atas kapal tersebut .

Ingin aku menanyakan kembali kepada israel , apakah kekuatan lastik dan batang besi itu jika dibangdingkan dengan askar-askar israel yang lengkap bersenjata , bantuan kapal perang dan sebagainya . Sungguh memalukan bukan? Tapi itulah israel , PENGECUT!!!!

Dalam video ini juga..bagaimana si israel cuba melepaskan diri dengan mendakwa bahawa komando mereka dikasari oleh aktivis kemanusiaan .
Aku nak tanya kepada israel..sekarang mereka berada di mana . Zon Laluan Antarabangsakan? Kalau orang menceroboh wilayah ko , israel..ko buat apa? Kau pertahankan bukan? So samalah tindakan aktivis tu..dah ko tu yang masuk kapal orang ? Setakat kena lastik dengan batang besi dah bising? Selama ini , berapa banyak belasah orang , ? tu dalam media kita nampak..yang tak keluar media..macam mana pulak ? agaknya lagi teruk kena belasah?

Antara senjata didakwa israel..lucu bukan?

Sikap israel itu sendiri telah membuktikan bahawa mereka itu memang bangsa yang DILAKNAT oleh Allah S.W.T . Kadang-kadang aku terfikir kenapa tak diwujudkan angkatan Tentera OIC yang tugasknya untuk mengembalikan semula kemerdekaan bagi Palestin .

Setiap kali berlaku insiden sebegini , yang pasti mereka akan membuat sidang tergempar bagi mengutuk insiden namun tiada kesan langsung bagi Israel. Kembali ke meja rundingan ? israel mana boleh diajak berunding..mereka merupakan bangsa yang tidak berpegang kepada janji..sudah jelas dalam dalam Kitab Allah..

Sampai bila lagi, wanita , kanak-kanak , orang tua menjadi mangsa . Isu memboikot barangan tidak lagi menjanjikan apa-apa kerana selagi tiada sokongan sepenuhnya dari ummat Islam itu sendiri , tidak kemana..

Bagi pihak barat pulak , mereka lebih selesa berpeluk tubuh kerana mengakui bahawa bangsa israel ( israel tak perlu huruf besar kerana bukan negara diiktiraf) itu menguasai ekonomi mereka .

Doktrin pertahan Israel itu sendiri , mengatakan darah bangsa Arab tidak bernilai buat mereka . Penahanan seorang anggota tenteranya oleh Palestin ( Hamas) Kp Gillad Shalit telah dijadikan modal bagi Israel untuk menyerang Palestin tanpa menyedari beratus lagi tahanan Palestin berapa di dalam sel kurungan Tel Aviv.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Isu Semasa, Patriotik