Sudah lebih 1 tahun 1 bulan aku mengunakan perisian original Microsoft Vista SP1. Bagi aku Microsoft Vista OS ini ibarat ada tak ada sama jer bagi revolusi perkomputeran dunia . Harapkan user interface jer lawa tapi performance down buat apa. Ibarat pengantin baru , tapi mati pucuk . Jadi apa pointnya diaorang kahwinkan . Aku masa membeli laptop pertama aku ni , kelihatan tak beberapa bijak .
Ada kepatut aku beli Microsoft Office Student Edition 2007 berharga RM199 ketika itu. Sedangkan aku boleh membeli pirate punya dan install sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah kepada Bill Gates . Ala Bill Gates konfem dah ada perancangan tersendiri untuk setiap produk yang dijualkan . (more…)
Dah lama dah aku nak tulis pasal benda nih . Dah tak boleh terima lagi . Dah tak boleh nak simpan lagi . Sebab memang diaorang ni nak kena ajar sikit . Aku tulis ni bukan nak kondem korang tapi kalau perangai kurang ajar tu ..memang patutlah kena kondem.
Berniaga- niaga jugak . Ada peniaga yang tamak haloba menipu . Raya haritu , ada orang jual lemang tapi menipu . Menipu macam mana ? Ada ke patut dia letakpulut yang dah bertanak dalam batang buluh tuh . Lepas tu , campur dengan santan dalam buluh tu . Nak cepat masaklah konon yer..? Bangang tak reti berniaga..x ada kemahiran jangan lah berniaga..bodoh!!! (more…)
Baru-baru , kecoh jugalah apabila stesen tv antarabangsa CNBC menyiarkan video dimana Presiden Amerika Syarikat, iaitu Encik Obama telah membunuh seekor lalat yang menganggunya semasa temuramah.
Dan seperti yang kita sedia maklum ,orang yang terkenal dan berpengaruh ini mesti akan menjadi perhatian setiap orang.Episod pembunuhan seekor lalat itu telah menjadi polemik dan pada masa sama mencemar imej pentadbiran Obama.
Dan lebih melucukan lagi,apabila terdapat beberapa insan yang kreatif telah membuat dan mengedit video tersebut dalam usaha mengambarkan keburukan pentadbiran Obama
Di dalam video tersebut ,apabila Obama menunjukkkan jarinya terhadap lalat yang sudah mati itu dengan amaran kepada Kim Joong Yoong iaitu Presiden Korea Utara supaya menghentikan program nuklear negara tersebut.Saksikan dan kadang-kdang ada juga lawaknya dalam video ini.
P/s:Kesian lalat tuh..wakaka..jadi mangsa Mr Presiden..sadis beb..
Ya..kepada semua pelayar sebelum aku memulakan entri ini..alangkah baiknya jika kita menyedekahkah al-Fatihah berikitan tragedy berdarah yang berlaku di Selatan Thailand baru-baru ini.
Semasa entri ini ditulis , aku masih lagi tersentak takkala mendengar berita 12 orang muslim di Narathiwat telah dibunuh dengan kejamnya semasa mereka sedang khusyuk menunaikan solat Isyak.Bagi aku, sememangnya peristiwa ini memeberikan impak dan kesan terutamanya kepada umat Islam di Selatan Thailand.
Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.Adakah perlu kita menuding jari kepada pihak yang melakukannya.Apakah hukuman sesuai untuk pelaku jenayah keganasan seperti ini.Apa yang aku tahu , keganasan di Selatan Thailand ini berpunca dari ketidakpuashatian sesetengah non-muslim disana terhadap penduduk muslim. Kejam,ngeri, dan out of norma perlakuan si penganas yang melakukan perbuatan ini.Bagi aku,apa yang patut kita lakukan sekarang ini sebagai ummah yang bersatu di bawah paying agama Islam ialah mengunakan senjata utama kita iaitu doa dengan memhon kepada Allah S.W.T supaya umat Islam dijauhkan dari malapetaka dan kekejaman musuh Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan ummah amat penting dalam menghadapi ancaman dari musuh .Apa yang penting juga..sebagi umat Islam kita haruslah memberi contoh yang baik kepada yang non-muslim.Jangan kita sebagai umat Islam menunjuk sifat ekstrim yang tidak pernah diajar oleh Islam kerana perbuatan seperti itu memberi tanggapan serong oleh non-muslim kepada muslim.
Islam merupakan agama toleransi selagi tuntutan toleransi itu tidak membatasi syariat Islam.Masih ingatkah lagi kisah Shabra Shatila di Shabra dan Shatila di Beirut di mana peristiwa berdarah berlaku yang menyayat hati iaitu pembantaian ribuan orang pelarian palestin .Ramai muslim dibunuh oleh si laknat Yahudi. (more…)
Tanah.Disebabkan tanah ,hubungan adik beradik boleh menjadi renggang.Dari serapat-serapat rel kereta api boleh menjadi sebesar-besar jurangnya.Tapi ,biasalah..manusia dengan fitrah.Tidak puas hati selalu.Bila dah meminta maaf,masih jua tidak mahu memaafkan.Hehe
Namun disebalik semua itu, harga tanah yang melambung naik saban tahun menyebabkan ramai diantara kita khususnya kaum bumiputera semakin sukar untuk memiliki sekeping tanah di bandar.Bayangkan,harga tanah sekangkang kera kini boleh mencecah jutaan ringgit jika di bandar.Dan bagi penduduk Kampung Baru mungkin itu merupakan nikmat bagi mereka.Ini kerana nilai hartanah Kampung Baru dianggarkan bernilai lebih satu billion ringgit. (more…)