RSS Banner


Masih Menanti dan Adakah Ku Dinanti?

Mengelamun seketika bila kita mengingatkan seseorang yang kita sayang dan kita minati . Ada saatnya seseorang itu pergi meninggalkan kita tanpa sebarang bicara dan masa memisahkan kita , hari ke hari , bulan ke bulan , dan tahun ke tahun . Dari zaman persekolahan , matrik , universiti sehinggalah kealam pekerjaan .
gambar kecewa
Namun bila kita tahu seseorang yang pernah kita sayang dahulu kini sudah bahagia bersama suami ataupun kekasihnya , perlukah kita merasa cemburu? Tanya diri , tanya hati dan biarlah kita memutuskannya.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong, Life

Bangga ker kahwin dengan orang tua?

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Baca sambil dengar lagu ni yer..

Yup..Bangganya saya dapat berkhawin dengan orang tua. Orang tua kan banyak pengalaman . Yang penting poket masyukkan . Harapkan yang bujang-bujang yang fresh graduate tu buat apa..makan sendiri depa pun tak tertanggung . Baik aku pilih orang tua jer . Dah la poket tebal..romantik pulaktuh..dan mesti orang tua nih penyabarkan . Yang muda nih kalau silap sikit , tak kena gaya makan penampar pulakkan?

Korang pembaca perempuan sekalian macam tuker ? Aku harap tidak . Mungkin juga sesekali kita terfikir macamtu sekiranya melihat seseorang perempuan yang dara berkahwin dengan lelaki yang lebih tua . Tua berapa tahun ? 10 tahunkah ? 20 tahunkah , 30 tahunkah ? atau lebih dari itu . Kalau tua setakat 10 tahun biasalah , namun jika lebih tua hingga puluhan tahun , mungkin masyarakat memberi stigma yang berbeza .

Antaranya ialah :

1) nakkan harta lah tuh ( pah bedah yang cakap ek)
2) yang tua miang..yang muda tu gatal..
3) haha..yang tua kahwin muda-muda tu sajer jer nak buat penyedap masa tidur..

Namun aku percaya masih ramai wanita di luar sana yang tak berfikir sebegitu . Haha..masakan nak kahwin dengan lelaki seusia bapa sendiri pulakkan? Tepuk dada tanyalah selera..!!!

Cerita dibawah ini mungkin akan mengubah persepsi masyarakat tentang lelaki tua . Mungkin?

Ada seorang tokwan yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan sorang janda muda yg berumur 25 tahun di sebuah kampung di negeri Kedah. Tokwan ni adalah seorang yg kaya.. Banyak bendang, kebun getah, lembu, kambing, rumah yang besar. Tokwan ni memang dikenali sebagai orang kaya di daerah Kubang Pasu.. lagipun tokwan ni dah lama menduda, dan sebab itu tokwan buat keputusan untuk mengahwini janda muda, Piah, yg berumur 25 tahun yg masih bergetah.

Piah pula baru je menjanda kerana suaminya dulu mati dibaham harimau kat hutan Sintok. Piah memang seorang yg cantik, bergetah, seksi dan selalu menjadi rebutan org kampung sebelum dia berkahwin dulu. Sekarang ini bila je piah ni menjanda, ia telah menjadi suatu khabar gembira buat semua org lelaki kt daerah kubang pasu.

Bila tersebar kad jemputan kahwin antara tokwan dan piah, org lain ketawa, kerana Piah sanngup mengahwini tokwan yg dah berusia. Org2 perempuan pulak sibuk mengumpat mengatakan piah ni mata duitan kerna sanggup kahwin ngan tokwan yg kaya dan tua bangka.. tapi hakikatnya Piah memang mengahwini tokwan kerana harta untuk jaminan masa depan dia.Piah sudah tidak sanggup hidup susah lagi.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Life

Microsoft Office 2010 ~ Sudah Cuba?

Image Hosted by ImageShack.us

Kali pertama mencuba produk Microsoft Office 2010 ni rasa macam Office macam dah compilicated sangat . Namun , if u all nak tau Office 2010 ini lebih ringan dan laju . Huhu..Walaupun masih dalam edisi beta ..namun memadai lah untuk dicuba kerana beta dengan final tak jauh sangat beza . Mungkin akan ada beberapa security patch dan penambahbaikan terutama dari segi user friendly concept kerana produk beta Office 2010 ini disediakan dengan dengan button “Send a smile “ dan button “ Send a frown” bagi bagi penguna memberikan pandangan ataupun feedback terhadap perisian pemprosesan kata ini .

Bagi Microsoft Office Word , user interface Nampak ringkas namun kelihatan berwarna warni dan menarik apabila background untuk Windows 7 bertukar ganti membuat transition. Bagi Zul lah Microsoft Word 2010 ni lebih mementingkan keselesaan dan kemesraan antara penguna namun pada masa yang sama kadang-kala menyebabkan penguna yang sebelum ini mengunakan Office 2003 terpaksa mengambil sedikit masa untuk mahir mengunakannya.

Image Hosted by ImageShack.us

maaf gambar kurang jelas ( slik klik untuk gambar yg lebih besar)

Oh lupa pulak..masa menginstall Office 2010 nih ..salah satu kerumitannya ialah apabila korang menginstall dalam operating system yang sudah sedia ada versi terdahulu office tidak kiralah 2007 ataupun 2003 kerana akan menyebabkan proses installasi menjadi lambat. Sebaiknya uninstall dahulu versi terdahulu dan kemudian barulah menginstall office 2010.Office 2010 ini dikeluarkan khas untuk Windows 7 dan mungkin Vista dan XP aku tak beberapa pasti .
read more…

Posted by: zul  /  Category: Komputer & IT, Life, Produk IT

Kisah aku dengan D,C dan M

Image Hosted by ImageShack.us

Kisah dengan D
Ada masanya , sesuatu yang kita suka tak mungkin dimiliki dan kadang -kalanya sesuatu yang tak pernah diimpikan untuk dimiliki menjadi milik kita. Begitu jugalah yang berlaku antara aku dan si dia . Dia idaman ramai orang dan memilikinya mampu membuat ramai orang mencemburuiku. Dia amat pantas . Dia melayan karenahku tidak kira siang ataupun malam . Bagi aku pula ,selagi dia bersamaku ,akan ku setia bersamanya . Biarpun malam gelita dan biarpun siang berbahang , dia tetap menerima apa sahaja kehendakku. Mahu ke UK , Munich , Tokyo katakan saja. Dia memang mampu melakukan . Katanya jarak bukan penghalang dan sempadan benua bukan halangan . Sebelum ini , aku memiliki yang lain. Sebelum aku menerima D sebagai teman aku , aku menjadi seorang yang amat fobia untuk mempercayai sesuatu lagi. Mujurlah D mengurangkan fobia aku itu dengan berkhidmat dengan efisien sekali..Well done D..

Kisah dengan C
Waktu nak bersama dahulu , yang C ni cakap , saya akan mengikut awak ke mana-mana sahaja .Aku yang masa itu dilamun cinta pandang pertama terus jer propose si C ni . Mula-mula tu si C bagi aku baik jer . Tapi bila dah lama-lama tu , si C mulalah meragam nak itulah nak ni lah .Kadang-kadang si C ni nak Aku bila dah jadi macam tu mulalah rasa tertipu . Sanggup si C ni meragam waktu aku amat memerlukan dia. Untuk si C , aku ucapkan selamat tinggal.
Ps:patutlah berpisah!!! sebab bersama pun sebab contract
read more…

Posted by: zul  /  Category: Life, Penulisan Kreatif

Selatan Thai dan Saudara Semuslimku..Apa khabar?

sabra_shatila_massacres

Ya..kepada semua pelayar sebelum aku memulakan entri ini..alangkah baiknya jika kita menyedekahkah al-Fatihah berikitan tragedy berdarah yang berlaku di Selatan Thailand baru-baru ini.

Semasa entri ini ditulis , aku masih lagi tersentak takkala mendengar berita 12 orang muslim di Narathiwat telah dibunuh dengan kejamnya semasa mereka sedang khusyuk menunaikan solat Isyak.Bagi aku, sememangnya peristiwa ini memeberikan impak dan kesan terutamanya kepada umat Islam di Selatan Thailand.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.Adakah perlu kita menuding jari kepada pihak yang melakukannya.Apakah hukuman sesuai untuk pelaku jenayah keganasan seperti ini.Apa yang aku tahu , keganasan di Selatan Thailand ini berpunca dari ketidakpuashatian sesetengah non-muslim disana terhadap penduduk muslim.
Thailand Southern ViolenceKejam,ngeri, dan out of norma perlakuan si penganas yang melakukan perbuatan ini.Bagi aku,apa yang patut kita lakukan sekarang ini sebagai ummah yang bersatu di bawah paying agama Islam ialah mengunakan senjata utama kita iaitu doa dengan memhon kepada Allah S.W.T supaya umat Islam dijauhkan dari malapetaka dan kekejaman musuh Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan ummah amat penting dalam menghadapi ancaman dari musuh .Apa yang penting juga..sebagi umat Islam kita haruslah memberi contoh yang baik kepada yang non-muslim.Jangan kita sebagai umat Islam menunjuk sifat ekstrim yang tidak pernah diajar oleh Islam kerana perbuatan seperti itu memberi tanggapan serong oleh non-muslim kepada muslim.
Islam merupakan agama toleransi selagi tuntutan toleransi itu tidak membatasi syariat Islam.Masih ingatkah lagi kisah Shabra Shatila di Shabra dan Shatila di Beirut di mana peristiwa berdarah berlaku yang menyayat hati iaitu pembantaian ribuan orang pelarian palestin .Ramai muslim dibunuh oleh si laknat Yahudi.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa, Life