
Semalam , 31 May adalah hari mendukacitakan bagi kemanusian . Sebuah konvoi kemanusian yang membawa bekalan untuk rakyat Palestin telah diserbu oleh skuad komando israel.
Sehingga entri ini ditulis , dilaporkan 19 orang telah maut dan lebih 50 orang cedera . Misi kemanusiaan yang terbesar ini melibatkan 700 sukarelawan dari seluruh negara .
Antara sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara ialah:
1.Ashwad Ismail (wartawan)
2.Shamsul Kamal (jurugambar)
Ironinya , israel yang terkenal dengan sikapnya yang akan mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan perbutan terkutuk itu mendakwa misi kemanusian itu hanya satu helah untuk membawa senjata kepada Palestin. Sehinggakan dalam Youtube.com , (saluran israel Defense Forces ) telah menyiarkan rakaman semasa serbuan itu . Antara yang memelikkan dan mengelikan hati ialah israel menunjukkan lastik , batang paip sebagai senjata oleh aktivis Palestin yang berada di atas kapal tersebut .
Ingin aku menanyakan kembali kepada israel , apakah kekuatan lastik dan batang besi itu jika dibangdingkan dengan askar-askar israel yang lengkap bersenjata , bantuan kapal perang dan sebagainya . Sungguh memalukan bukan? Tapi itulah israel , PENGECUT!!!!
Dalam video ini juga..bagaimana si israel cuba melepaskan diri dengan mendakwa bahawa komando mereka dikasari oleh aktivis kemanusiaan .
Aku nak tanya kepada israel..sekarang mereka berada di mana . Zon Laluan Antarabangsakan? Kalau orang menceroboh wilayah ko , israel..ko buat apa? Kau pertahankan bukan? So samalah tindakan aktivis tu..dah ko tu yang masuk kapal orang ? Setakat kena lastik dengan batang besi dah bising? Selama ini , berapa banyak belasah orang , ? tu dalam media kita nampak..yang tak keluar media..macam mana pulak ? agaknya lagi teruk kena belasah?
Antara senjata didakwa israel..lucu bukan?
Sikap israel itu sendiri telah membuktikan bahawa mereka itu memang bangsa yang DILAKNAT oleh Allah S.W.T . Kadang-kadang aku terfikir kenapa tak diwujudkan angkatan Tentera OIC yang tugasknya untuk mengembalikan semula kemerdekaan bagi Palestin .
Setiap kali berlaku insiden sebegini , yang pasti mereka akan membuat sidang tergempar bagi mengutuk insiden namun tiada kesan langsung bagi Israel. Kembali ke meja rundingan ? israel mana boleh diajak berunding..mereka merupakan bangsa yang tidak berpegang kepada janji..sudah jelas dalam dalam Kitab Allah..
Sampai bila lagi, wanita , kanak-kanak , orang tua menjadi mangsa . Isu memboikot barangan tidak lagi menjanjikan apa-apa kerana selagi tiada sokongan sepenuhnya dari ummat Islam itu sendiri , tidak kemana..
Bagi pihak barat pulak , mereka lebih selesa berpeluk tubuh kerana mengakui bahawa bangsa israel ( israel tak perlu huruf besar kerana bukan negara diiktiraf) itu menguasai ekonomi mereka .
Doktrin pertahan Israel itu sendiri , mengatakan darah bangsa Arab tidak bernilai buat mereka . Penahanan seorang anggota tenteranya oleh Palestin ( Hamas) Kp Gillad Shalit telah dijadikan modal bagi Israel untuk menyerang Palestin tanpa menyedari beratus lagi tahanan Palestin berapa di dalam sel kurungan Tel Aviv.
read more…


