Masa aku final , aku rasa amat tertekan . Dahlah nak kena cover semua bab tapi bila dah habis baca lupa. Masa tu , rasa macam nak give-up . Namun syukurlah aku melaluinya tanpa perkara yang tidak diingini . Well dalam sibuk study , aku sempat juga menonton Spontan iatu sebuah show komedi yang memerlukan pesertanya melakukan dan melakonkan sesuatu tugasan diberi secara Spontan.

Untuk pengetahuan lanjut , Exucutive Producer untuk Spontan adalah Afdlin Shauki . Aku gerenti koranglah kalau korang menonton Spontan pasti korang akan terhibur. Kudos untuk Afdlin Shauki and the team.
Yang paling melucukan ialah melihatkan Din Beramboi yang mengenakan teamnya dalam Tugasan Demonstrasi . Banyak menjadi mangsa Din Beramboi . Sathiya juga tidak terkecuali apabila disapukan tepung pada mukanya . Khir Rahman juga dikenakan oleh Din Beramboi yang menampal kepingan kertas di mukanya.

Salah satu segmen dalam Spontan
Dalam segmen Soal Menyoal pulak , nampak menarik apabila dua peserta perlu saling menayakan soalan namun perlu menjawabnya dalam bentuk soalan juga dan nampak rasional . Segmen pemberita berkepala tiga juga begitu melucukan kerana peserta seperti Din Beramboi,Afdlin dan Douglas Lim perlu menyampaikan berita bertiga melalui satu perkataan dan bersambung-sambung .Macam-macam perkataan keluar dan kadang-kadang amat mengelikan hati dan hampir membuatkan perut ku pecah.
read more…
Posted by: zul / Category:
Hiburan,
Perbincangan Am
Well , pagi tadi dengar Hot FM AM Krew , ada tetamu khas dari filem terbaru yang akan ditayangkan esok..Jalang..Nak cakap heroin filem ni hot sangat taklah jugak , tapi bolehler tahan untuk tatapan umum. Itu pasal filem . Namun kalau situasi sebenar macam mana pulakkan?
Jalang menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud :
tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap, liar; kerbau ~kerbau yg tidak dipelihara orang, kerbau liar; perempuan ~ perempuan jahat, pelacur;menjalang menjadi buas, menjadi liar: dia ke kota dan ~ di sana; kejalangan perihal jalang, (kebuasan, keliaran): di daerah terpencil itu ~ masih berleluasa.
Nampak pelikkan definisi dari kamus Dewan Bahasa kan..ada pulak kerbau liar masuk . Haha..namun kita tumpukan pada maksud Jalang itu dalam konteks masyarakat iatu dalam komuniti manusia yang bermaksud perempuan jahat ataupun dalam bahasa kasarnya pelacur.

Perempuan jalang bagi aku ada kadang-kala menjadi jalang disebabkan perbuatan lelaki . Walaupun aku lelaki , tapi aku tahu kadangkala sesuatu yang berlaku terhadap seorang perempuan adalah disebabkan lelaki . Masakan tidak jika Lelaki A try Perempuan B . Lepas tu tinggalkan jer . Takkan ker meroyan perempuan tu lepas tuh . Persepsi masyarakat sudah tentunya dibayangi tompok-tompok hitam dan tiada langsung yang mahu memberi nasihat dan pandangan terhadap kewujudan masalah sosial ini.
read more…
Posted by: zul / Category:
Borak Kosong,
Perbincangan Am
Hey..u all semua . Hari ini , marilah kita mengenali produk terbaru daripada Perodua iaitu Perodua Alza . Perodua Alza yang baru dilancarkan bulan November 2009 ini , adalah sebuah model MPV yang sesuai untuk rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mampu dimiliki.
Alza didatangkan dengan 6 variasi warna dan dua varian standard iaitu transmisi manual dan auto . Perodua merupakan model MPV pertama keluaran Perodua yang selama ini menumpukan kepada pembuatan kereta seksyen versi mini dan kompak.

Harga model terbaru Perodua iaitu dianggarkan bermula dari RM56,000 hingga RM70,000 bergantung kepada spefikasi yang dimahukan oleh pengguna . Harga yang nampak ideal untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana.
Dasar Automotif Negara yang diperkenalkan tahun ini dijangka dapat merancakkan penjualan kereta pada masa hadapan dan Perodua yakin mampu mencapai matlamatnya untuk menjual dan mengusai 33.3 peratus dalam pasaran kereta tempatan.
Bagaimanakah prestasi MPV ini nanti ? Harap-harap boleh mencapai kepuasan seperti Myvi dahulu .. Boleh jadi Superior MPV tak untuk rakyat Malaysia ?
read more…
Posted by: zul / Category:
Blog,
Isu Semasa,
Perbincangan Am

Duit syiling..Satu elemen penting khususnya untuk mereka yang selalu mengunakan pengangkutan atau perkhidmatan awam seperti bas dan tandas.Bila cakap pasal syiling kebanyakan orang mengangap bahawa syiling itu tidak bernilai.Mungkin bagi adik-adik yang masih bersekolah rendah pastinya anda amat menhargai duit syiling yang selalu anda perolehi selepas membayar makanan di kantin.Yelah…adik-adik pasti akan mengunakan duit syiling tersebut dengan bangganya dengan membeli aiskrim,mainan atau membeli singam..
Namun,untuk orang dewasa ataupun remaja yang tidak tahu keperitan mencari duit mungkin akan memandang sinis duit syiling di lantai.Nampak pun buat tidak tahu sahaja.Dahulu..sepuluh sen boleh digunakan untuk membeli sarapan pagi dan boleh membuat kenyang.Tapi..itu dahulu..
Kini..untuk sarapan pagi sahaja boleh mencecah dua,tiga empat ringgit perbelanjaannya.So,kebanyakan daripada kita pasti akan memandang sinis duit syiling yang ada di lantai ataupun dibawah katil anda.
Dan untuk dijadikan cerita masa dahulu, aku ni budak-budaklah nak beli sticker pokemon.Aku bayar dekat nyonya tu.Aku bayar guna duit syiling 5sen..benda tuh harga 2 ringgit.Dia kata duit 5sen aku tidak laku..dan tidak mahu menerima duit syiling aku.
read more…
Posted by: zul / Category:
Kewangan,
Perbincangan Am
Kebelakangan ini,aku mempunyai satu hobi yang baru.Nak tau apa hobi aku yang terbaru itu ke tak? Ya..ini jawapannya.Hobi terbaru aku ialah melihat hasil kerja photographer tempatan.Aku lihat kebanyakan photographer tempatan amat berbakat dan kadang-kala karya yang dihasilkan sangat cantik.
Kebiasaannya,pada waktu malam aku akan membuka Fotopages.com(kita perlu boikot dengan tidak membina blog foto di sini) dan melihat hasil-hasil kerja photographer tempatan.Namun kini kebanyakan photographer tempatan telah mengambil inisiatif dengan membina website sendiri di hosting sendiri.Well done.Kebanyakan photographer tempatan lebih menjurus kepada aktiviti menangkap gambar di majlis-majlis perkahwinan samada outdoor ataupun indoor.

Kredit Gambar sepenuhnya:http://shasmanizam.fotopages.com
read more…
Posted by: zul / Category:
Fotografi,
Perbincangan Am,
Ragam Malaysian