Cinta Baru Bermula (Part 1)
Sesekali tu mahu juga aku meluahkan apa perasaan aku yang sebenarnya. Cukuplah walaupun hanya di dalam blog yang beralamat Zulfitry.com. Bukan ingin meminta simpati ataupun belas kasihan , tetapi hanya ingin berkongsi sebuah kisah di mana mula satu episod baru bermula dalam mendefinisikan apa itu Cinta…
Kisahnya bermula semasa aku sedang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya yang terkemuka di ibunegara iaitu Pavilion KL. Aku bekerja di salah sebuah kedai yang terdapat di dalam pasaraya itu . Kedai apa ? Kedai Cermin Mata ataupun nak sedap lagi spek mata. Kiranya pada waktu tu ,tempat aku kerja tu ada offer untuk para pelajar yang ingin membeli cermin mata.
Nak dijadikan cerita , maka satu hari tuh datanglah seorang customer dengan ayahnya.Customer aku tu perempuan. Anak ayah maybe..dalam fikiran aku . Aku sebagai seorang jurujual yang mempunyai kewibawaan pantas menyapa customer aku tuh.
Aku: Ya..encik..selamat petang. boleh saya bantu?
Ayah dia: Anak saya nih nak cari spek baru..boleh awak rekemen mana yang sesuai? Hah..Faizah pegi pilih.
Aweks : Yer..daddy..(dalam nada manja yang pasti meruntun hati setiap kaum Adam)
Aku :Hurmm..awak boleh pilih .Kalau berkenan silalah ambil dan cuba.Kalau x sedap ,pilih lagi.Banyak lagi design nih..kat stor pun banyak lagi design frame yang baru..
Aweks:Hurm..saya nak yang tuh.Yang frame warna maroon tuh..
Aku:Ok..nah awak cuba dulu..sesuai tak?
Ayah dia:Faizah cuba dulu..kalau x sedap pakai..pilih lain..
Aweks: Daddy..dia nyer penyokong hidung x sesuailah dengan hidung Faizah..
Ayah dia: Kalau macam tu,pilih yang lain..
Aweks: Hurm..mana satu nih yer..
Aku : Saya kalau jadi awak amik design nih..sebab design frame nih sesuai dengan face awak..
Aweks : Owh..yeker..Kalau macam tuh , bagi saya yang tuh lah (sambil tangan ya menunjuk ke arah spek mata frame berwarna merah metallic yang aku rekemen kan tuh.
Aku: Nah..cuba pakai..selesa tak?
Aweks: Selesa..
Ayah dia: Faizah..macam mana? Nak tak?
Aweks: Bolehla..daddy.
Aku: Boleh tak?
Aweks: Ya..boleh
Aku: Ok..kalau macam tu sila ikut saya dekat sana..Check power mata ya..
Aweks: Ok..
Aku: Jap ek..sila duduk.
Aweks: Ermm..
Aku:Letak muka atas penahan dagu yer..nampak tak cahaya kat dalam tuh?
Aweks:Nampak.ok..
Aku:Tunggu kejap yer..

Perbualan aku terhenti sebentar kerana aku sedang menekan button-button yang ada dekat mesin check mata tuh dan menekan button untuk print result mata.
Aku:Ok.siap.
Aweks:okay..
Aku:Esok..boleh datang ambil spek mata..cermin mata siap esok
Aweks:Baiklah..
Aku:Ya..errr..awak yang nak amik spek semalam tukan..
Aweks: ya..dah siap?
Aku: dah..jap yer..ada bawa resit semalam tak?
Aweks: Ada..nah amik..
Aku: Ok..jimmy ..ambil customer punya spek ni…(sambil tangan aku memberi resit pesanan kepada jimmy)
Jimmy:Ok..zul..mulalah tu..
Aku:mula apa?
Jimmy: mula jual minyak…
Aku:Ko ni ada-ada jer Jimmy..amik la cepat..
Aweks: Tersenyum kesipuan apabila mendengar gurauan Jimmy dengan aku
Aku:ermm..Ayah tak datang ker hari ni?
Aweks: Tak..hari nih saya drive sorang jer..datang sini..
Aku
wh..berani awak yer bawak kereta sorang-sorang kat KL nih yer.dah lama ke dapat lesen?
Aweks:Baru jer lebih kurang 4bulan.
Aku: Owh..
Aweks:tersenyum jer.
Aku:err..nama awak saper?(sedangkan aku dah tau semalam)
Aweks:Faizah
Jimmy:Nah..spek mata customer. Suara Jimmy mengejutkan aku yang tengah mengelamaun dipukau dengan mata si aweks tuh.
Aku:Ko nih..Jimmy..buat kejut aku jer..(sambil check spek mata Faizah tuh)
Aku:Nah..cuba pakai..(sambil menghulur cermin mata baru)
Aweks
akai apa?
Aku: Spek mata awaklah..
Aweks:hehe..lupalah..ingat bungkus bawak balik jer tadi..
Aku
wh
Aweks
dalam cubaan memakai spek mata baru)..
Aku:Macam mana?Okay?
Aweks:Selesalah..okay.Berapa lagi balance nih?
Aku:RM350
Maka sesi jual beli terhenti disitu.Faizah membayar harga cermin mata barunya dan berlalu dari pandangan ku.
Aku yang masih di bahagian sudut pameran berdiri kaku melihat Faizah meninggalkan premis kedai cermin mata.Dari jauh aku lihat,lenggok jalannya tak ubah seperti lenggok jalan perempuan timur..halus pada wajah..seni pada tingkahlakunya..Habis jer kerja aku hari tuh..akupun balik.Malam tu,aku asyik terngiang wajah Faizah.Adakah aku dapat berjumpa dan bertemu dengannya semula?
P/s:dengar Michael Jackson dah mati? betul ker?
[UPDATE] Part 2 — Cinta Itu Mula Dizahirkan
Part 3 — Sesi Temujanji Pertama
Tags: 3gp melayu, 3gp video download, air mata lelaki, anwar ibrahim liar, ayah awek, beli spek mata, bingkai cermin mata murah, birotatanegara, cerita pendek, cerpen cinta, check mata percuma, cinta pertama, daddy, england optic, first love, focus point, ganti spek mata, geng power ranger, hadi awang talam dua muka, jumpa makwe, kedai cermin mata, keleksi novel, kemasukan uitm 2009, kemasukan usm 2009/2010, kerajaan perpaduan, kerja, kisah cinta, kisah cinta lelaki, kisah cinta manusia, kisah cinta zelo vs kisah cinta zulfitry, kisah melayu 3gp, kl, koleksi cerpen, koleksi novel, kosmo malaysia, kuala lumpur, lesen kereta, makwe di kedai, malaysia cerpen, melayu boleh, melayu kisah cinta, michael jackson at hospital, michael jackson bunuh diri, michael jackson died, michael jackson died at 50, michael jackson mampus, michael jackson mati, najib razak, news michael jackson died, novel cinta, novel collection, pasaraya, pavilion, pavilion kl, pertemuan cinta, pertemuan pertama, promosi kaca mata, satu malaysia, spek mata, sugar daddy list, uitm, um, usm, uthm



June 26th, 2009 at 5:25 am
hahaha…angau ko dengan si faizah nie…aku tunggu sambungan dia…tapi sambungan dia aku agak mesti si Zul nie gatal sms si faezah nie hahhaa….
pear’s last blog post..Ujian HIV
June 26th, 2009 at 5:39 am
PutraMalaya’s last blog post..Autobots, Transform !
June 26th, 2009 at 5:57 am
@PutraMalaya, hehe..no phone tak mintak dulu? sebab cerita nih ada bebrapa part..nak tau tunggu..ok.
June 26th, 2009 at 5:57 am
@pear, zul tu x gatal..dia cuma test market jer..
June 26th, 2009 at 6:41 am
sah sah la ending dia sama cam zelo.. rekaan.. lallala,,
Khai’s last blog post..Ada Apa Dengan 1Malaysia?
June 26th, 2009 at 6:58 am
ayat musti mau power kan bro…
fazarudin’s last blog post..Etok Gergasi La Pulak
June 26th, 2009 at 7:02 am
@fazarudin, mestilah..ayat kena power..main sikit gan emosi…
June 26th, 2009 at 7:09 am
@admin,
betul! betul! betul!
( dah lama rasenye x mengorat ni )
fazarudin’s last blog post..Etok Gergasi La Pulak
June 26th, 2009 at 7:15 am
@Khai, haha..ada kemungkinan..pape pon kite layan smbgn nanti..bro?mntak la no phone kite share.hehe…
cpt2 publish next part k..
June 26th, 2009 at 7:51 am
aik? ada sambungan lak! hahaha jumpa dia kat kedai mana plak ni??
ke mimpi je ni??
hahahha. ya lah, MJ dah mati..
yonna’s last blog post..Y503 : will be back
June 26th, 2009 at 8:52 am
menarik gak.. waiting for next part..
cidimidi’s last blog post..Why I’m Use My Yahoo?
June 26th, 2009 at 8:57 am
lor. ada lagi ke cerita-cerita kisah cinta rekaan nie!? ha3.
megat’s last blog post..Facebook, Pengguna Malaysia Meningkat Mendadak!
June 26th, 2009 at 9:00 am
@megat,rekaan ker..rasa x reka kot..
June 26th, 2009 at 9:01 am
@cidimidi, ok nantikan..nak lagi senang follow je twitter..yer
June 26th, 2009 at 9:15 am
jgnla spoiler khai…
huuuuu….
biar a crite abis dulu…
diorang x cm aku tipu pembaca…
huuuu…
ak jahat…
diorang baik….
ak ensem…
diorang tak…
huhuk…
zelo55’s last blog post..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane?
June 26th, 2009 at 9:17 am
“halus pada wajah..seni pada tingkahlakunya..”
aku suke care ko gune ayat ni bro!
puitis beb! puitis!
tu yang penting…ho3
zelo55’s last blog post..Aku Follower Hipokrit. Korang Camane?
June 26th, 2009 at 9:29 am
@zelo55, wah2..aku x ensem lah nih..masakan si faizah …errr…nanti korang akan tahu..hehe.x nak cakap..hehe
June 26th, 2009 at 9:36 am
tak tahan sungguh~
gambar Heliza tu..=)
Zara’s last blog post..If The Chicken Read Your Book, I’ll Kill It For You!
June 26th, 2009 at 11:36 am
besh…besh citer nie. bro, tak mintak no tepon dier ker? kat resit tue takder no tepon dier ker?hehe….
aiereast’s last blog post..Koleksi Karya Remajaku
June 26th, 2009 at 11:39 am
Mr.Bintang’s last blog post..Aq Merapu, Tag & Contest
June 26th, 2009 at 1:06 pm
angau giler mamat ni..hu3..jgn ler kesudahan cam zelo..hu3..ntii letak gambor awek ni eh..igt plak ko ape yg ko bual..haha..jgn tipu suda cam zelo..hu3
Roslan Nazri’s last blog post..Facebook FB? Apa Yang Korang Tau Pasal Social Network ni?
June 26th, 2009 at 1:07 pm
@zelo55, halus pada zelo..penipuan ko lagi halus beb..hahaha
Roslan Nazri’s last blog post..Facebook FB? Apa Yang Korang Tau Pasal Social Network ni?
June 26th, 2009 at 1:20 pm
hehehehhe.. akan gak hanc nAntikan sambungan nyew…~~~~
hanc’s last blog post..TrimAs Abe VaLe & Sis BiE •sory lambat•
June 26th, 2009 at 1:21 pm
jual spek ke jual minyak?
nyempat ja
June 26th, 2009 at 2:40 pm
hehe pandai ko tulis cerita…best je lenggok bahasanya…
kisah cinta yek….tak pernah bcinta la…
Active Blogger’s last blog post..Kenali Diri Sendiri Dari Bulan Kelahiran
June 26th, 2009 at 3:18 pm
huhu..ramai citer pasal citer cinta jer skrang nie..musim cinta kot…huhu
aman’s last blog post..Penggunaan Rekabentuk Kotak DVD Win 7 Kini Rasmi
June 26th, 2009 at 3:28 pm
awek yu muka mcm heliza laa
June 26th, 2009 at 3:45 pm
@aiereast, kat resit tu no bapak dia..haha…nak try kol bapak ker?
June 26th, 2009 at 3:46 pm
@Roslan Nazri, hehe..memamg angau la ni..
June 26th, 2009 at 3:46 pm
@????, gambar tu memang heliza..tapi awek tu bukan heliza yer..hehe
June 26th, 2009 at 3:47 pm
@aman, yup..sekrang ni musim bencinta..gara2 faizal tahir..hehe
June 26th, 2009 at 3:48 pm
@Active Blogger, lenggok bahasa ker ? atau lenggok punggungnya? hehe
June 26th, 2009 at 3:48 pm
@lilacfla, jual spek..hehe
June 26th, 2009 at 3:49 pm
@Mr.Bintang, yup..anyway lagu tema blog ko ,si bintang best weh..leh pinjam tak?
June 26th, 2009 at 3:52 pm
ske ko je ek nak amek gamba awek aku heliza tuh ahahahaha.smakin rancak skrg ni ye blog2 wat citer cinta.aku pn nak wat gak la huhuhuhu
acadterror’s last blog post..Lil Formers : transformers versi comel
June 26th, 2009 at 3:56 pm
@admin,
best eyh?
tajuk dia kan dah ada kat atas player tu.. hihi..
June 26th, 2009 at 4:10 pm
hohoho….
layan jugak entri ni….
cepat sambung citer ni….
oh! faizah…
keiroro’s last blog post..semuanya berpunca kerana duit.
June 26th, 2009 at 5:58 pm
haha. ni cite betol ke rekaan? ;D
June 26th, 2009 at 8:29 pm
Aku:ermm..Ayah tak datang ker hari ni?
kekekke…pandai atur ayat…terus pakai ayah….hahaha
HuRuL_AiNi’s last blog post..Al-Fatihah untuk Michael Jackson
June 26th, 2009 at 9:06 pm
wakakaka.. tangkap angau… hahaha… ko ke sape ni penjual spek mata.. rekaan ke nih.. hahaha… weh aku paling tak tahan ko nya tags: 3gp melayu, 3gp video download.. takde lain ke ko nak letak.. hahahhaa
June 26th, 2009 at 11:21 pm
huhu..kalo aku duk tempat ko mase tue memang kompom aku mintak no pon trus jerk@ cakap kat die yang aku nak kapel ngan die leh x?? hehe kalo die nak tolak pon no hal sal bunge bukan sekuntum kan..hehehe
June 27th, 2009 at 12:48 am
@Iqone_Dinie, aku tengok sekali pandang ,ko ni macam shamsul anak yusof haslam pulak..hensem pulak tu..hahaha
June 27th, 2009 at 12:49 am
@HuRuL_AiNi, yelah..kan dah tahu lelaki semalam tu ayah gadis tu..so aku cakaplah ayah tak ikut sekali ker?
June 27th, 2009 at 12:49 am
@keiroro, oh faizah tu perlahan sikit bro..haha..
June 27th, 2009 at 12:52 am
@admin, hehehe… tunjuk la gambar nnt… boleh kenal-kenal dgn pengunjung blog ni… XD
keiroro’s last blog post..Transformers 2 : movie paling bosan lagi membosankan.. sebab ?
June 27th, 2009 at 12:59 am
@Mr.Bintang, bila kau nak buat kisah cinta ko? lagu dah sedap..hehe
June 27th, 2009 at 1:00 am
@Kill-Vearn, tags tu saja jer aku letak..nak ubah persepsi keyword kat google nih..
June 27th, 2009 at 1:27 am
@admin, siot jer..huhu..aku hodoh je la…kalo muke cam die da lame aku belakon pilem tuh wkakaka….
Iqone_Dinie’s last blog post..Kehilangan Motivasi Diri Memusnahkan..
June 27th, 2009 at 2:05 am
@Iqone_Dinie,
betul bro..ada iras sikit..sebab bro pakai spek kot..
June 27th, 2009 at 2:20 am
klu camtu snng je nk tackle awek ni..bgi je spek mata free…
June 27th, 2009 at 10:57 am
@iesha, rasanyer?hehe
June 27th, 2009 at 11:05 am
@keiroro, coming soon…hohoho
June 27th, 2009 at 11:34 am
owh..interesting story..
Irdzra’s last blog post..Day out!
June 27th, 2009 at 11:56 am
@rosma,
huhu…xde mase da sume tue rosma..bro da kawen ler..hihi…tapi kalo de pluang nak tambah kuota bro jalan jerk..hehe..oh ye..kalo nka sponsor spek tue bg ler yang de cop RAY BAN erk hihi…kaler kuning..hihi.
June 27th, 2009 at 9:52 pm
no fon dah dapat, so diam jela ek.. malam tu sms la plak.. wakaka.
Luth Textile’s last blog post..Kawan Oh Kawan
June 28th, 2009 at 6:30 pm
@admin, oh…. sayangnye, takpe kalau ada jodoh takkan lari gunung diker. hehe
aiereast’s last blog post..Koleksi Karya Remajaku
June 30th, 2009 at 11:24 pm
best2, memg best…
adol’s last blog post..AZAB YANG MENYAKITKAN…
July 2nd, 2009 at 1:40 am
haha. agk la nk klentong muke awek tu cam muke heliza.
Guest’s last blog post..welcome to d club
July 2nd, 2009 at 10:23 pm
haha…gentlemen awak ni..suke2!
tehsafiah’s last blog post..MENGENALI SEORANG NARCISSIST
July 2nd, 2009 at 11:10 pm
owh..camtu mengayat awek..
aku abru kuar dari gua agaknya…
taktau lgsung mengayat awek..
hehe..
Jaws’s last blog post..Private Coaching
July 2nd, 2009 at 11:42 pm
menarik2..bleh buat novel nih..hoho
yat21’s last blog post..Bekas Pelajar UTM Skudai mati masa bersalin dlm hostel – ..
July 5th, 2009 at 11:49 am
canggih sunggu ko ayat awek tu..
beliamuda’s last blog post..Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)
July 10th, 2009 at 7:36 pm
pape pon jage btsn syarak ehh~pesanan je~org kite zmn skrg nih mudah lupe~terlajak perahu boleh di undur terlajak dose sampai mati nyesal xberkesudahan~
maryam’s last blog post..~exam n sakit mengejut~
July 11th, 2009 at 3:53 pm
Ralit pulak baca your story dengan Faizah ni =)
July 14th, 2009 at 10:35 am
ralit tu apa?
July 14th, 2009 at 10:41 am
yup..sememang batasan itu perlu dijaga…trelajak perahu boleh diundur…terlajak tut tut..menyesal seumur hidup..
September 6th, 2009 at 2:21 pm
[...] Nantikan di episod akan datang.. Oh ya jika korang ketinggalan cerita ini..boleh rujuk semula di (Part 1)- Cinta Baru Bermula (Part 2)-Cinta Itu Mula Dizahirkan (Part 3)-Sesi Temujanji Pertama nuffnang_bid = [...]
October 3rd, 2009 at 8:46 pm
hahahah
January 30th, 2010 at 11:55 am
February 25th, 2010 at 3:59 am
hoho
June 22nd, 2010 at 7:01 pm
ishh,
potoong betul lah..
cita lah smpai abis..
haha..
elina´s last blog ..selamat hari bapa,ayah .
June 23rd, 2010 at 2:37 am
kan dah habis tu..cuba check sampai bawah..ada update..
June 23rd, 2010 at 1:14 pm
hahaha.. sweet~ spek mata sy pun maroon juge~ hahaha..
July 7th, 2010 at 2:19 pm
haha adeh, aku pun jatuh hati gak kat faizah lps bc entry ni..waka waka eh eh

x-po´s last blog ..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
July 9th, 2010 at 2:19 pm
mak aiiii comei je perkenalan =)
sambunggg,.
miss lolly´s last blog ..maaf- pilihan aku bukannya jenis yang HIGH TASTE sangat