Engkau Memang Mencekik Aku!!! |

Engkau Memang Mencekik Aku!!!

Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa

for sale sign on lawn Engkau Memang Mencekik Aku!!!

Tanah.Disebabkan tanah ,hubungan adik beradik boleh menjadi renggang.Dari serapat-serapat rel kereta api boleh menjadi sebesar-besar jurangnya.Tapi ,biasalah..manusia dengan fitrah.Tidak puas hati selalu.Bila dah meminta maaf,masih jua tidak mahu memaafkan.Hehe

Namun disebalik semua itu, harga tanah yang melambung naik saban tahun menyebabkan ramai diantara kita khususnya kaum bumiputera semakin sukar untuk memiliki sekeping tanah di bandar.Bayangkan,harga tanah sekangkang kera kini boleh mencecah jutaan ringgit jika di bandar.Dan bagi penduduk Kampung Baru mungkin itu merupakan nikmat bagi mereka.Ini kerana nilai hartanah Kampung Baru dianggarkan bernilai lebih satu billion ringgit.

Aku yang masih menjadi seorang pelajar sudah merasa tekanan akibat kesan globalisasi dunia kini.Yelah..mana taknya…takut tengok brochure-brochure hartanah seperti rumah.Kini harga rumah kebanyakannya RM150k keatas.Nak cari bawah 100k sangat sukar sekarang.Kalau adapun kedudukannya tidak strategik dan adakala rumah yang akan didiami itu akan bermasalah.

Berikut adalah antara tips untuk bakal pembeli hartanah:

1- Pastikan harga hartanah yang ingin ko beli tuh,selaras dengan harga market

2- Pastikan hartanah yang ko beli tu ada facilities dan infrastructure asas seperti dekat dengan sekolah,highway,masjid dan yang paling penting jika korang duduk di Lembah Kelang pastikan jalan susur keluar dari rumah anda tidak kena tol.Kalau tidak jadi kes macam Grand Saga kat Selangor dululah…

3-Pastikan jenis kegunaan hartnah anda itu.Jika ingin membina kediaman,pastikan tanah anda itu untuk kediaman.Dan jika tanah yang ingin anda beli itu untuk pertanian,maka untuk pertanian jer lah..

4-Pastikan anda survey dahulu kawasan yang anda ingin beli dahulu

5-Beli dari orang yang boleh dipercayai..Sekarang ni banyak kes penipuan.

6-Dapatkan geran tanah apabila membeli tanah..secara cash dengan kadar secepatnya..

7-Pastikan hartanah yang ingin anda beli itu jauh dari masalah banjir..

So,kepada sesiapa yang mahu membuat pelaburan yang berkesan,korang perlu laburkan dengan membeli tanah terutamanya di tempat-tempat yang strategik.Ini kerana harga tanah kan semakin meningkat setiap tahu.Dahulu satu lot tanah mungkin akan dijual dalam ratusan ringgit sahaja atau ribuan sahaja ,namun kini harga tanah boleh mencecah jutaan ringgit bergantung kedudukan tanah tersebut

Jomlah beli tanah…kalau tak mahu beli tanah jom beli domain yang premium.Korang boleh labur untuk domainpremium..Keh3x

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

25 Responses to “Engkau Memang Mencekik Aku!!!”

  1. hydir Says:

    memang harga tanah makin lama makin mahal
    kena buat survey
    nak best lagi dptkan khidmat surveyor

    p/s: tanah kubur pon kena booking dh skrg :?:

    hydir’s last blog post..[Lagu] Kerana Cinta!

    [Balas kenyataan dia]

  2. wanmus Says:

    betul tu..harga tanah atau rumah akan makin naik tapi harga kereta makin turun..so fikirlah sebelum membeli

    wanmus’s last blog post..Himpunan Produk Dan Ebook Percuma

    [Balas kenyataan dia]

  3. ubey Says:

    huu. politik dan isu semasa pun boleh dijadikan faktor. klu kt kelantan. kwsn2 hulu gua musg, manek urai, kuala krai dsb. still ramai nk beli tanah ctu walaupun tmpt hulu2. diorg yakin akn maju dan mahal puluh2 taun kendian

    ubey’s last blog post..Mengimbau Kisah: Tragedi (2)

    [Balas kenyataan dia]

  4. suhz Says:

    yea btol tu. Tapi kalau aku la, nak beli tanah or rumah, baik jangan cari di tengah bandar, duduk kat tepi2 je dah ok. sebabnye senang nak pegi mana2 kalau jem.. hehe

    [Balas kenyataan dia]

  5. sir_aniep Says:

    Hah beli tanah ?

    waaa beli tanah topsoil jer untuk pokok bunga .. murah sekampit RM3 :arrow:

    [Balas kenyataan dia]

    hydir Reply:

    @sir_aniep, kweh3
    tanah tanam pokok bunga

    memang klakor .. :lol:

    hydir’s last blog post..[Lagu] Kerana Cinta!

    [Balas kenyataan dia]

  6. adol Says:

    untung beli tanah nie x rugi kalu untuk pelaburan…

    adol’s last blog post..ARAK HALAL… BETUL KE?

    [Balas kenyataan dia]

  7. endopydronry Says:

    Hi, nice posts there :-) thank’s exchange for the compelling dirt

    [Balas kenyataan dia]

  8. chekguBH Says:

    itula permainan kaum bukan bumi nih…
    dorg akan beli tanah, buat rumah…jual mahal2…
    sape yg mampu je la yang akan beli…
    huhu

    sian kat yg tak mampu…

    chekguBH’s last blog post..Selamat Berperang Dengan Huruf dan Nombor Sayangku..!

    [Balas kenyataan dia]

    admin Reply:

    @chekguBH, tulah…kita ni bumiputera sebenarnya sudah silap dengan menjual hartanah kita kepada mereka…

    [Balas kenyataan dia]

  9. diha_fitri Says:

    Hai, kalo ade pape masalah ttg hal hartanah, leh hubungi saya … InsyaAllah saya cuba tolg. http://dfchannel.blogspot.com/

    [Balas kenyataan dia]

    admin Reply:

    @diha_fitri, insyallah..di masa hadapan..hehe

    [Balas kenyataan dia]

  10. aie Says:

    Manusia dan tanah tak dapat dipisahkan.Oleh itu, jangan taksub dengan pusaka atau harta peninggalan berkaitan dengan tanah sebabnya kelak nanti diri kita akan ditimpa tanah juga akhirnya…

    [Balas kenyataan dia]

    admin Reply:

    betul tuh..

    [Balas kenyataan dia]

  11. cendawanintim Says:

    memang bab2 tanah nih buleh jadi pecah belah di kalangan adik badik…harap tak terjadi la pada diri sendiri…

    :sad:

    cendawanintim’s last blog post..Aktiviti menambah KG!

    [Balas kenyataan dia]

  12. kojah Says:

    boli la umah kat somban…murahhh!hehe

    kojah’s last blog post..Snip Cameron Highlands…

    [Balas kenyataan dia]

  13. hanatomei Says:

    :mad: sy sokong sgat2..kerna tanah hbgan keluarga boleh berantakan..apa nk jadi la ngan manusia skg nie..sb da terjadi kt familr hana sndr sedih wow…huhuhuhuhuhu.. :lol: :sad:

    [Balas kenyataan dia]

    admin Reply:

    @hanatomei, dari pengalaman kita ambil iktibar dan pengjaran..hehe…

    [Balas kenyataan dia]

  14. Rozita Says:

    :cry: emmm akak tkde tanah pun…
    yg ada tu la, tapak rumah hehehh

    Rozita’s last blog post..78 : entri aku yg paling best!

    [Balas kenyataan dia]

    admin Reply:

    @Rozita, kira ada gak tanah…

    [Balas kenyataan dia]

  15. Rozita Says:

    :mad: haahh tanah kubur pun kena beli skit lagi…nama aje tanah wakaf!

    Rozita’s last blog post..78 : entri aku yg paling best!

    [Balas kenyataan dia]

  16. mrberett Says:

    tanah semakin kurang sekarang ni.harga semakin meningkat.aku terfikir..suatu hari nanti mana cucu-cucu ku akan tinggal?…hmmm

    [Balas kenyataan dia]

  17. hazman aka species1980 Says:

    Kena dapatkan info yang tepat dari ajen hartanah yang baik dan buku rujukan….

    hazman aka species1980’s last blog post..Tidur lebih lena

    [Balas kenyataan dia]

  18. Active Blogger Says:

    huhu aku belum kerja… dah mula kerja nanti mungkin akan beli hartanah utk kumpul harta :-)

    Active Blogger’s last blog post..Kenali Diri Sendiri Dari Bulan Kelahiran

    [Balas kenyataan dia]

  19. prof am Says:

    2lahh tanah makin mahal bkan makin murah nak dapat sekakang kera pown susah.. sbb 2 bdang ukur tanah demanded skrg.. ha22.. tapi pasal kes niee nielah manusia buta kerana duit lalu perasaan hasat dengki bermaharajalela…pikir2kan..

    [Balas kenyataan dia]

Aik pandang jer ? Komen ler..

CommentLuv Enabled