Article

Kisah aku dengan D,C dan M

Image Hosted by ImageShack.us

Kisah dengan D
Ada masanya , sesuatu yang kita suka tak mungkin dimiliki dan kadang -kalanya sesuatu yang tak pernah diimpikan untuk dimiliki menjadi milik kita. Begitu jugalah yang berlaku antara aku dan si dia . Dia idaman ramai orang dan memilikinya mampu membuat ramai orang mencemburuiku. Dia amat pantas . Dia melayan karenahku tidak kira siang ataupun malam . Bagi aku pula ,selagi dia bersamaku ,akan ku setia bersamanya . Biarpun malam gelita dan biarpun siang berbahang , dia tetap menerima apa sahaja kehendakku. Mahu ke UK , Munich , Tokyo katakan saja. Dia memang mampu melakukan . Katanya jarak bukan penghalang dan sempadan benua bukan halangan . Sebelum ini , aku memiliki yang lain. Sebelum aku menerima D sebagai teman aku , aku menjadi seorang yang amat fobia untuk mempercayai sesuatu lagi. Mujurlah D mengurangkan fobia aku itu dengan berkhidmat dengan efisien sekali..Well done D..

Kisah dengan C
Waktu nak bersama dahulu , yang C ni cakap , saya akan mengikut awak ke mana-mana sahaja .Aku yang masa itu dilamun cinta pandang pertama terus jer propose si C ni . Mula-mula tu si C bagi aku baik jer . Tapi bila dah lama-lama tu , si C mulalah meragam nak itulah nak ni lah .Kadang-kadang si C ni nak Aku bila dah jadi macam tu mulalah rasa tertipu . Sanggup si C ni meragam waktu aku amat memerlukan dia. Untuk si C , aku ucapkan selamat tinggal.
Ps:patutlah berpisah!!! sebab bersama pun sebab contract

Image Hosted by ImageShack.us


Kisah dengan M

Lepas aku dengan si C berpisah , si M selalu mengushar aku . Dekat depan bank lah , dekat PC Fairlah dan yang paling teruk dekat kedai mamak . Yang aku pelik tu , si M ni mengushar aku sorang-sorang .Berani betulkan . Aku ingat si M ni nak test market je kot .Bajet bagus .So aku tak layanlah . Aku buat donno jer. Takkan tertipu lagi lah..

Always the Smarter Choice
Kisah dengan D itu , kini aku abadikan didalam blog ini. D yang aku maksudkan adalah Digi . Betul kata Digi. ” Always the Smarter Choice ” .
Aku tak menyesal memilihmu Digi . Masakan pisang berbuah dua apabila aku memilihmu sebagai broadband nombor satu di Malaysia.Dengan kelajuan mencecah 7.2 Mbps , aku percaya dan semua akan percaya bahawa kamu Digi mampu melaksanakan pembaharuan dan revolusi di dalam industri jalur lebar negara. Digi,walaupun engkau hanya diibarat sebagai orang gemuk di dalam iklan-iklan di televisyen , namun gemuk engkau bukan penghalang untuk pantas dan mengembirakan orang disekeling engkau. Kerana aku percaya engkau akan bersamaku..
Digi kamu mesti pimp my broadband kerana aku sudah tidak percaya lagi dengan si C dan M.Boleh tak?
Boleh la Digi ek? ek..ek..ek..

“I will follow u..”
“I will pimp ur broadband as u need”
” Use me and subscribe it with Digi “

Jalur lebar akan melangkah setapak lagi apabila kempen Pimp My Broadband oleh Digi ini berjaya . Diharap broadband mudah alih oleh Digi dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh ramai pelanggan broadband dari syarikat lain . For Digi..Good Luck..

Oh ya..Digi!!!
Please Pimp My Broadband..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dan apa yang penting dari itu , tiada lagi internet yang lembab

Image Hosted by ImageShack.us

dan aku meminta jasa baik korang untuk vote aku di SINI
Jasa kalian amat aku hargai..

11 Responses to “Kisah aku dengan D,C dan M”

  1. Adney
    September 27, 2009 at 4:58 am #

    Aku masih menunggu org ramai menggunakannye.. Tapi aku puas cari kat mane rates nyer.. hampeh tol digi ni.. kat website die agak menyusahkan.. kelam kabut aku tengok.. hehe..

    Mane link directnye.. aku nak vote n.. Na carik satu2 payah ar.. hoho

  2. suhz
    September 27, 2009 at 8:50 am #

    Aku pun pernah test semua, mula2 aku start dengan M then aku pasang stimix then C pastu skarang D.

    yeah, memang D, DiGi the best. aku pakai pakej RM58 tu je.. tapi memang puas hati, walaupun pakej 700Kbps, tapi line sangat stable dan kadang2 boleh cecah 1Mbps, layan youtube pun best, takde buffer2. Aku guna DiGi kalau aku kat luar rumah je, sebab kat rumah dah ada streamyx.

    Maxis boleh tahan, memang dia duk ranking bawah DiGi, setakat aku pakai dulu tahun 2008-2009, sebelum aku ada streamyx memang puas hati. Tapi kadang2 dia ade buat hal gak. Line dia OK la, walaupun 3bar je dapat, tapi takde la lembab macam celcom.

    Wireless Broadband yang paling teruk ialah Celcom. Dah ler IP dia shared, dlu kalau nak download apa2 dari Rapidshare sbg free user, memang tak bleh, lupakan jela hasrat nak download apa2 dari rs. pastu connection sangat lembab tak stable. Boleh kata tiap2 hari buat hal. Mungkin area aku kot yang slow? akupun taktau. AKu dah test kat Kajang ngan Taman Melawati celcom ni.. takde perubahan pun.

    aku dah vote ko, good luck :) ;-)

  3. aman
    September 27, 2009 at 5:03 pm #

    patut sekarang si C tue mencari aku. Huhu/ :mrgreen:

  4. teh
    September 27, 2009 at 10:51 pm #

    hohoh
    pasal broadband kah….
    aku takde experience lagi ngan broadband ni
    tapi family aku ramai pakai C…

  5. beliamuda
    September 28, 2009 at 10:54 am #

    huhu.. main initial je eh.. ingatkan apa la tdi.. semoga industri broadband makin rancak.. biar ada persaingan sikit, baru diorang reti nak wat servis baik2..

    ~aku gne streamyx je kat umah.. kat uni pakai apa yg ada je..

  6. finalcross
    September 30, 2009 at 4:11 pm #

    Aku pengguna si C tu dh hampir setahun… ternyata servisnye semakin celaka hari demi hari…Aku msih lg gune si C tu sbab kontrak je. hmmm,menyesal btol…indah khabar dari rupa. hampeh la…You are suck! -C-.

  7. hydir
    September 30, 2009 at 4:40 pm #

    hoho .. aku dulu guna streamyx tp payah nak jenjalan maka aku dah stopkannya

    la ni guna Celcom Broadband .. so far no prob kat tempat aku .. cool :)

  8. shazclan
    October 6, 2009 at 4:54 am #

    digi mantop ea????kalau kat area gombak laju tak ea???

  9. nakatsu_mizuki
    January 21, 2010 at 1:06 pm #

    yup celcom slow r walau dah ada edge…. hmm, dah la tempat aku xdak line 3G, harap dok bergantung dekat edge celcom ja.. huik, tol ka digi laju????? lau dekat umah aku kat kampung, rasa2 laju x speednya???????? plez gtaw… hu3 meluat da aku dengan budak c neh.. ha3

  10. r'lee
    July 21, 2010 at 2:15 pm #

    celcom….. still the best bab gi mana2 still dapat walau pun slow. yg lain tak dpt nak harap.adik beradik aku guna pelbagai brand tp aku punya juga yg diaorang pinjam. yang penting bill yg aku bayar tak menyumbang ke lain tempat.

  11. fzie203
    July 30, 2010 at 6:12 pm #

    Well….C 3G coverage memang luas tp kualiti servis low (even terlalu byk hidden charge..). M plak 3G coverage medium..kualiti servis medium (3G coverage luas gak tapi tak stabil)..dan DiGi 3G coverage kurang..kualiti better..semua tu untuk 3G..tapi EDGE M dan C memang hampeihhhh..Memang tak leh lawan DiGi punye EDGE…aku dah guna semua line…DAN satu lagi M ngan C website customer service memang tak efisyen…tak kiralaa utk postpaid atau prepaid. So..utk korang semua nak kualiti(service) ker kuantiti(network)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled