- Part 3

RSS Banner


Kenapakah semua itu berlaku?

Image Hosted by ImageShack.us

Aku memang suka baca benda yang boleh bagi tergelak dan gembira. Baru baru ni aku ada baca sedikit lawak bodoh dekat laman web lawakjenaka. Berikut adalah antara yang aku baca:

No 1

Satu kajian yang telah dijalankan oleh sebuah organisasi luar negara membuktikan lelaki lebih cepat gemuk selepas berkahwin berbanding wanita. Hal ini kerana, setaip malam lelaki dihidangkan dengan duadua paha ayam yang besar, dua bekas susu segar dan sekeping apam yang segar, sedangkan wanita hanya menikamati sebiji pisang dan dua biji telur sahaja…Walaubagaimanapun sebiji pisang sudah memadai untuk mengenyangkan wanita selama sembilan bulan kerana pisang terbabit mempunyai khasiat semulajadi yang sungguh enak dan lazat hingga menjilat jari. …
Ps:Aku rasa kajian diaorang ni memamng tepatlah..superb ler..

read more…

Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong

Raya Masa Dulu dan Kini

Image Hosted by ImageShack.us

Rasanya macam tak sedar jer , Ramadhan akan melabuhkan tirainya lebih kurang dalam dua tiga hari lagi. Syawal bakal mengambil alih tempat . Syawal kali ini merupakan syawal kali ke 20 buat Zul . Nikmat Syawal selama dua dekad Zul hidup di dunia memang Zul tak nafikan . Bagi Zul , noltasgia Syawal semasa kecil-kecil dahulu amat indah dan sukar dilupakan .
read more…

Posted by: zul  /  Category: Cuti-Cuti Malaysia

Ciss !!! Continuous Ink Supply System

Apa itu CISS? Biar aku terangkan . CISS ialah singkatan bagi nama Continuous Ink Supply System . CISS adalah sistem injection dakwat kedalam katrij mengunakan udara. Sistem ini menyedut dakwat ke dalam katrij semasa proses percetakan berlaku .

Lazimya untuk sistem percetakan konvensional yang mengunakan katrij original , semestinya kos akan melambung naik . Kadang-kadang kita mungkin akan terasa terbeban dengan kos percetakkan yang tinggi . Lebih-lebih lagi jika kita tinggal di hostel , maka pastinya rakan-rakan anda mahu menggunakan printer anda.

Image Hosted by ImageShack.us

Anda tentunya serba salah kerana katrij original yang anda beli amat mahal kadang-kadang boleh mencecah harga satu printer. Mungkin akan timbul sifat kedekut disitu kerana biasanya harga untuk sekeping cetakan hitam putih hanya RM0.30. Disitu kita lihat bahawa kita menanggung kerugian kerana kos percetakan mengunakan katrij original mencecah RM0.50 untuk satu unit cetakan. Itu belum dicampur dengan kos kertas dan maintenance.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Komputer & IT, Produk IT

Faizah kenapa begitu? (Part IV)

Kisah Zul dan Faizah tidak terhenti disitu sahaja. Selepas temujanji yang pertama antara Zul dan Faizah , mereka semakin rapat. Kini tidak dinafikan antara Zul dan Faizah masing-masing mempunyai magnet tersendiri dalam menarik antara satu sama lain.
Love Is    by trinity 77 Faizah kenapa begitu? (Part IV)
Dari episod pertemuan tanpa sebarang ikatan kini Zul mahukan sesuatu yang drastik iaitu mahukan sebuah perhubungan yang ada komitmen.Percaya atau tidak , Zul dah mula memberi kepercayaan kepada hatinya untuk melamar Faizah. Melamar untuk menjadi permaisuri hati Zul. Nak tunggu lama-lama tak manis pulakkan.
Bagaimanakah Zul hendak luahkan perasaannya terhadap Faizah yang selama ini dipendamkan dalam diam hati Zul. Bimbang seandainya Faizah tidak menerima ,maka musnahlah harapan Zul ini. Bagaimanakah harus Zul menghadapi semua itu sedangkan Zul menyintai Faizah sepenuh hati.

Errr..jangan gentar lah Zul , kata Ben..lantas mengeluarkan Zul dari lamunannya sendiri..
Kau boleh cuba dulu..moga dibukakan pintu hati Faizah untuk menerima kau dalam hidupnya..Kau pernah tanya samada Faizah itu pernah bercinta atau tidak?Dah berpunya ke belum? Perasaan perempuan sukar dijangka dan diramal Zul…kata Ben kepada Zul..

Tak pernah pulak Ben..selama aku mengenali Faizah tak pernah pulak aku tanya dia pasal tu?Macam manalah aku ni ek..careless macam ni sekali ek..main redah jer nak tackle perempuan..Ben? Mungkin kau dah kena magnet dengan dia kot , kata Ben berseloroh..Ya…mungkin..kata ku

Maka…dengan itu Zul telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ibubapa Faizah. Namun , pertemuan antara Zul dan ibubapa Faizah telah mewujudkan satu kronologi baru dalam dimensi hubungan antara Zul dan Faizah.

Dari sebuah sudut ruang tamu sebuah rumah..
read more…

Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif

Katakan Tidak Pada Demonstrasi Jalanan

Apa nak jadi Malaysia sekarang nih. Demonstrasi sana-sini. Ada yang nak demonstrasi pasal bahasa, ada yang demonstrasi pasal ISA yang takder kena mengena dengan diaorang nih dan ada juga demonstrasi sebab suka-suka . Entahlah Zul pun tak faham apasal diaorang suka sangat buat benda nih.

Nak kata negara Malaysia tak maju , tapi maju..rakyat sihat dan kematian di Malaysia selalunya berpunca dari pengambilan makanan yang berlebihan. Nak apa lagi? Semua nak free ? Semua nak subsidi ? Cubalah anda semua selami dan fikirkan dalam-dalam bahana demonstrasi itu terhadap orang lain. Jangat ingat kepentingan anda sahaja.Fikirkan peniaga-peniaga ,orang awam dan pekerja yang berkaitan perkhidmatan. Pasti mereka akan terjejas . Anda mahu tanggung ker?

Begitu jugalah yang terjadi di Iran baru-baru ini. Tak tahulah ini dakyah propaganda Amerika atau tak tapi semacam ada gerakan luaran yang mahu meruntuhkan kerajaan Iran yang sedia ada sekarang. Yang jadi boneka rakyatnya sendiri. Seeloknya sebagai rakyat yang ada keintelektual fahami bahawa demonstrasi jalanan itu bukan budaya kita.

Sepatutnya kita mesti ada semangat perpaduan yang kuat dan benteng pemikiran yang kebal bagi menangkis dakyah-dakyah jahat yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana dunia sekarang sedang mengalami globalization of civilization. Maknanya dunia ini akan dikuasai oleh yang dominan sahaja. Jangan ikut emosi dan beremosional dengan melulu kerana ingat ini negara anda ,tanah tumpah darah anda. Jadi pertahankan dan jangan membuat onar.

Okaylah sempena bulan kemerdekaan ini , Zul menyeru kepada rakan-rakan semua supaya bersama-bersama menghayati erti kemerdekaan yang hakiki kepada kita. Walaupun merdeka sudah 52 tahun , tapi ingat musuh diluar sentiasa menanti!! Jadi siapkan diri kita dengan jati diri yang kuat dan jadilah bangsa yang berilmu.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Patriotik