RSS Banner


( Fast Update ) Catatan Aku untuk Semua

Aku rasa dah lebih 2 bulan aku tak berupdate blog ni . Dibebani timbunan assignment yang melambak dan ketiadaan wifi di tempat aku ini , menyebabkan aku menjadi begitu malas hendak menghapdet blog. Baru-baru ini , zulfitry.com telah berpindah hosting dari Rawanaz Studios ke Baitulbytes . Dengar kata semua klien Rawanaz yang dulu kena berpindah ke Exabytes .

Domain untuk zulfitry.com ini pun aku dah renew . Jadi blog ini akan terus beroperasi seperti biasa selepas ini..

Posted by: zul  /  Category: Blog

Masih Menanti dan Adakah Ku Dinanti?

Mengelamun seketika bila kita mengingatkan seseorang yang kita sayang dan kita minati . Ada saatnya seseorang itu pergi meninggalkan kita tanpa sebarang bicara dan masa memisahkan kita , hari ke hari , bulan ke bulan , dan tahun ke tahun . Dari zaman persekolahan , matrik , universiti sehinggalah kealam pekerjaan .
gambar kecewa
Namun bila kita tahu seseorang yang pernah kita sayang dahulu kini sudah bahagia bersama suami ataupun kekasihnya , perlukah kita merasa cemburu? Tanya diri , tanya hati dan biarlah kita memutuskannya.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong, Life

Bomoh Palsu Yang Durjana

Amaran!!! Ini bukan cerita lucah tetapi ada kisah disebaliknya . Bomoh yang bakal anda jumpa hariini atau esok adalah bomoh palsu . Itu tegas Zul sebagai penulis blog ini . Bomoh dalam definisi yang lebih mudah merupakan pengamal ilmu tradisional dalam memulihkan penyakit dan sebagainya . Amat malang sekali , jika bomoh yang anda rancang mempunyai niat yang tidak baik terhadap anda . Sekiranya itu berlaku , banyak kemungkinan akan berlaku . Sama ada anda akan dicabul , dipukau dan dirogol barangkali.

Bukan semua bomoh itu , bomoh palsu. Ada juga bomoh yang benar-benar ikhlas menawarkan pertolongan khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit yang berkait rapat dengan alam ghaib . Antaranya santau , sihir dan histeria dan pelbagai jenis lagi penyakit yang sukar dikesan dengan teknlogi yang sedia ada hari ini .

Sekiranya kalau boleh elakkanlah mendapat perkhidmatan dari bomoh-bomoh yang mengunakan kaedah perubatan yang amat pelik dan jarang dilakukan oleh orang ramai. Zul bukan apa cuma takut apa yang dilalui oleh seorang wanita di dalam gambar ini berlaku kepada anda .


read more…

Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa

Bangga ker kahwin dengan orang tua?

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Baca sambil dengar lagu ni yer..

Yup..Bangganya saya dapat berkhawin dengan orang tua. Orang tua kan banyak pengalaman . Yang penting poket masyukkan . Harapkan yang bujang-bujang yang fresh graduate tu buat apa..makan sendiri depa pun tak tertanggung . Baik aku pilih orang tua jer . Dah la poket tebal..romantik pulaktuh..dan mesti orang tua nih penyabarkan . Yang muda nih kalau silap sikit , tak kena gaya makan penampar pulakkan?

Korang pembaca perempuan sekalian macam tuker ? Aku harap tidak . Mungkin juga sesekali kita terfikir macamtu sekiranya melihat seseorang perempuan yang dara berkahwin dengan lelaki yang lebih tua . Tua berapa tahun ? 10 tahunkah ? 20 tahunkah , 30 tahunkah ? atau lebih dari itu . Kalau tua setakat 10 tahun biasalah , namun jika lebih tua hingga puluhan tahun , mungkin masyarakat memberi stigma yang berbeza .

Antaranya ialah :

1) nakkan harta lah tuh ( pah bedah yang cakap ek)
2) yang tua miang..yang muda tu gatal..
3) haha..yang tua kahwin muda-muda tu sajer jer nak buat penyedap masa tidur..

Namun aku percaya masih ramai wanita di luar sana yang tak berfikir sebegitu . Haha..masakan nak kahwin dengan lelaki seusia bapa sendiri pulakkan? Tepuk dada tanyalah selera..!!!

Cerita dibawah ini mungkin akan mengubah persepsi masyarakat tentang lelaki tua . Mungkin?

Ada seorang tokwan yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan sorang janda muda yg berumur 25 tahun di sebuah kampung di negeri Kedah. Tokwan ni adalah seorang yg kaya.. Banyak bendang, kebun getah, lembu, kambing, rumah yang besar. Tokwan ni memang dikenali sebagai orang kaya di daerah Kubang Pasu.. lagipun tokwan ni dah lama menduda, dan sebab itu tokwan buat keputusan untuk mengahwini janda muda, Piah, yg berumur 25 tahun yg masih bergetah.

Piah pula baru je menjanda kerana suaminya dulu mati dibaham harimau kat hutan Sintok. Piah memang seorang yg cantik, bergetah, seksi dan selalu menjadi rebutan org kampung sebelum dia berkahwin dulu. Sekarang ini bila je piah ni menjanda, ia telah menjadi suatu khabar gembira buat semua org lelaki kt daerah kubang pasu.

Bila tersebar kad jemputan kahwin antara tokwan dan piah, org lain ketawa, kerana Piah sanngup mengahwini tokwan yg dah berusia. Org2 perempuan pulak sibuk mengumpat mengatakan piah ni mata duitan kerna sanggup kahwin ngan tokwan yg kaya dan tua bangka.. tapi hakikatnya Piah memang mengahwini tokwan kerana harta untuk jaminan masa depan dia.Piah sudah tidak sanggup hidup susah lagi.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Life

Pecah Perutku Menonton Spontan

Masa aku final , aku rasa amat tertekan . Dahlah nak kena cover semua bab tapi bila dah habis baca lupa. Masa tu , rasa macam nak give-up . Namun syukurlah aku melaluinya tanpa perkara yang tidak diingini . Well dalam sibuk study , aku sempat juga menonton Spontan iatu sebuah show komedi yang memerlukan pesertanya melakukan dan melakonkan sesuatu tugasan diberi secara Spontan.

Untuk pengetahuan lanjut , Exucutive Producer untuk Spontan adalah Afdlin Shauki . Aku gerenti koranglah kalau korang menonton Spontan pasti korang akan terhibur. Kudos untuk Afdlin Shauki and the team.

Yang paling melucukan ialah melihatkan Din Beramboi yang mengenakan teamnya dalam Tugasan Demonstrasi . Banyak menjadi mangsa Din Beramboi . Sathiya juga tidak terkecuali apabila disapukan tepung pada mukanya . Khir Rahman juga dikenakan oleh Din Beramboi yang menampal kepingan kertas di mukanya.


Salah satu segmen dalam Spontan

Dalam segmen Soal Menyoal pulak , nampak menarik apabila dua peserta perlu saling menayakan soalan namun perlu menjawabnya dalam bentuk soalan juga dan nampak rasional . Segmen pemberita berkepala tiga juga begitu melucukan kerana peserta seperti Din Beramboi,Afdlin dan Douglas Lim perlu menyampaikan berita bertiga melalui satu perkataan dan bersambung-sambung .Macam-macam perkataan keluar dan kadang-kadang amat mengelikan hati dan hampir membuatkan perut ku pecah.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Hiburan, Perbincangan Am