- Part 7

RSS Banner


Owh..Matrikulasi Aku Rindukan Mu..

Rasanya sudah lama aku meningalkan alam matrikulasi.Lebih kurang setahun dah.Pada mulanya saat aku melangkah ke alam matrikulasi ,aku mulai bimbang dan gentar.Al-maklumlah..aku bukan pandai sangat pun.Diterima masuk ke matrikulasi berbekalkan keputusan SPM yang cukup-cukup makan sahaja membuatkan aku merasakan diri aku begitu kerdil disana.
100 0052 1024x781 Owh..Matrikulasi Aku Rindukan Mu..
Kisahnya bermula di situ.Di matrikulasi ,aku bukan pelajar yang bagus kerana keputusan aku di matrikulasi juga tidaklah beberapa bagus.Alangkah indahnya..jika aku dapat mengulang semula pengajian aku di matrikulasi.Elaun dapat dan yuran pula tidak perlu risau kerana semua itu ditanggung oleh kerajaan.

Hari pertama aku di matrikulasi bermakna bermulanya hari orientasi bagi aku sebagai seorang pelajar disana.Pada hari pertama , selepas sesi pendaftaran pada siangnya,aku diberi ceramah di dalam dewan yang begitu panas.Selepas habis sesi ceramah,pada pukul 1 pagi aku dan pelajar baru yang lain dikehendaki berkumpul di foyer blok asrama.Pasal apa?Pasal felo nak bagi taklimat lah..
dszzxc05x656 Owh..Matrikulasi Aku Rindukan Mu..
Dipendekkan cerita,aku berjaya mengharungi minggu orientasi yang begitu memenatkan itu dengan jayanya.Tak kisahlah sebab bagi aku orientasi ni penting untuk introduce sesuatu yang baru kepada seseorang.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Education

Ah Long Kau Memang Celaka!!!

ne 051 Ah Long Kau Memang Celaka!!!
Semalam..sebelum perlawanan Manchaster United dengan Barca ,aku menonton berita di RTM1.Dalam berita tu aku agak terkejutlah dengan ketidakmanusiaan yang berlaku apabila ada Ah long ataupun ceti haram (haram tapi yang peliknya berdaftar dengan kementrian kewangan) mengurung peminjamnya yang gagal melunaskan pinjaman.
ahlong002 Ah Long Kau Memang Celaka!!!
Celaka betulkan Ah Long ni.Yang menjadi mangsa orang yang memang terdesak ataupun sedang mengalami kesempitan wang.Mana taknya..kebanyakan yang meminjam ni merupakan golongan peniaga ataupun pengusaha kecil-kecilan.Mereka memerlu kan modal untuk rolling back capital.Tapi ada juga peniaga ataupun pengusaha yang memang tidak mahir dalam mengurus kewangan yang menyebabkan mereka terjebak dengan Ah Long si keparat ni bagai lintah menghisap segala bendalir badan manusia.

Sekarang ni ada agensi yang menolong peniaga-peniaga ni.Ingat lagi iklan kami bukan Ah Long kami cuma nak tolong.Mungkin beberapa terma dan syarat oleh agensi terbabit menyukar peminjam untuk meminjam.Contohnya,hendak cagaran dan sebagai.Lagi satu penjamin.Siapa yang hendak menjamin jika mengetahui korang memang sesak waktu tuh..dan aku pun tidak akan dan tidak mahu menjadi penjamin bagi orang terdesak macam tu.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Uncategorized

Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..

Dua dan tiga hari kebelakangan ni Zul sakit.Kesakitan yang amat menyakitkan sehingga mengurangkan nikmat makan Zul selama ini.Rupaya wisdom teeth ataupun gigi geraham bongsu nak tumbuh.Gigi baru tuh baru nak keluar secara sedikit-sedikit.Mengikut kajian yang Zul lakukan ,gigi geraham bongsu ini selalunya akan tumbuh kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun.Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian tentang geraham bongsu nih:

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
news3 clip image0011 Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Kesihatan

Engkau Memang Mencekik Aku!!!

for sale sign on lawn Engkau Memang Mencekik Aku!!!

Tanah.Disebabkan tanah ,hubungan adik beradik boleh menjadi renggang.Dari serapat-serapat rel kereta api boleh menjadi sebesar-besar jurangnya.Tapi ,biasalah..manusia dengan fitrah.Tidak puas hati selalu.Bila dah meminta maaf,masih jua tidak mahu memaafkan.Hehe

Namun disebalik semua itu, harga tanah yang melambung naik saban tahun menyebabkan ramai diantara kita khususnya kaum bumiputera semakin sukar untuk memiliki sekeping tanah di bandar.Bayangkan,harga tanah sekangkang kera kini boleh mencecah jutaan ringgit jika di bandar.Dan bagi penduduk Kampung Baru mungkin itu merupakan nikmat bagi mereka.Ini kerana nilai hartanah Kampung Baru dianggarkan bernilai lebih satu billion ringgit.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa

Anda Memang Takbur jika Tidak Kutip Syiling

img 8543 Anda Memang Takbur jika Tidak Kutip Syiling

Duit syiling..Satu elemen penting khususnya untuk mereka yang selalu mengunakan pengangkutan atau perkhidmatan awam seperti bas dan tandas.Bila cakap pasal syiling kebanyakan orang mengangap bahawa syiling itu tidak bernilai.Mungkin bagi adik-adik yang masih bersekolah rendah pastinya anda amat menhargai duit syiling yang selalu anda perolehi selepas membayar makanan di kantin.Yelah…adik-adik pasti akan mengunakan duit syiling tersebut dengan bangganya dengan membeli aiskrim,mainan atau membeli singam..

Namun,untuk orang dewasa ataupun remaja yang tidak tahu keperitan mencari duit mungkin akan memandang sinis duit syiling di lantai.Nampak pun buat tidak tahu sahaja.Dahulu..sepuluh sen boleh digunakan untuk membeli sarapan pagi dan boleh membuat kenyang.Tapi..itu dahulu..

Kini..untuk sarapan pagi sahaja boleh mencecah dua,tiga empat ringgit perbelanjaannya.So,kebanyakan daripada kita pasti akan memandang sinis duit syiling yang ada di lantai ataupun dibawah katil anda.

Dan untuk dijadikan cerita masa dahulu, aku ni budak-budaklah nak beli sticker pokemon.Aku bayar dekat nyonya tu.Aku bayar guna duit syiling 5sen..benda tuh harga 2 ringgit.Dia kata duit 5sen aku tidak laku..dan tidak mahu menerima duit syiling aku.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Kewangan, Perbincangan Am