Dah namapun manusia,tentu inginkan sesuatu yang cantik.Tak kiralah wanita dan lelaki.Semuanya mahu kelihatan cantik dan bergaya.Untuk perempuan,mereka sanggup bergadai wang ringgit semata-mata ingin melansingkan badan.Sekarang ni kecoh pula pasal produk Jus Mate5 keluaran syarikat Herba Prima Marketing Sdn Berhad.

Ibu aku pun mencuba produk Jus Mate 5 ni.Setakat ini ibuku sudah kurang berat badan lebih kurang 7kg.Alhamdullilah setakat ini.Aku bukan hendak menjual produk ni dan aku tiada apa kepentingan untuk produk ini.Aku cuma ingin berkongsi kepada kamu semua cara ingin kurus.Kita perlu berkongsi kegembiraan bersama orang lain barulah hidup ceria.Pengasas kepada rangkaian produk Herba Prima Marketing Sdn Berhad ialah Dr Che Rozmey Che Din.Beli dan Gunakan Produk Buatan Malaysia.Bantulah Bumiputera.
So kepada mereka yang mahu tahu lebih lanjut pasal produk ini sila rujuk disini.
Posted by: zul / Category:
Isu Semasa
Pembaca-pembaca blogku yang disayangi , aku ingin melepaskan perasaan geram terhadap penjual-penjual laptop tak kiralah dimana mereka berada.Diharap mereka sihat..Hahaha

Bila nak beli laptop,maka ramai yang akan rambang mata bila ingin membeli laptop.Aku juga tidak terkecuali.Ada pelbagai jenama.Contohnya Fujitsu , Acer,
Compaq,HP,Asus,Sony,Ftec,Apple,Toshiba dan MSI.
read more…
Posted by: zul / Category:
Isu Semasa,
Komputer & IT
Sesunguhnya bulan Mei , menyaksikan pelbagai variasi hari perayaan sempena menyambut seseorang.Ada hari Guru ,ada juga hari Ibu dan ada juga hari pekerja.Buat semua yang terlibat dalam perayaan menyambut mereka sempena segala jasa mereka telah taburkan selama ini , Zul dengan muka berseri-seri ingin mengucapkan selamat apa-apalah untuk apa jua mereka lakukan dalam profession masing-masing.
Aku masih seorang pelajar.Jadi bagi aku,Hari Pekerja ini tidaklah seberapa penting sangat.Aku seorang pelajar,maka hari Guru bukanlah penting sangat bagi aku.Aku seorang anak,tetapi hari Ibu tidak penting.Yang penting bagi aku ialah penghargaan yang aku bagi dan curahkan kepada semua.Ibu perlu dihormati sepanjang masa.Manakala segala tunjuk ajar guru perlu digunakan sebaik mungkin dalam kehidupan.

Hadiah? Apa kepentingan hadiah.Tidakkah hadiah itu menampakan rakyat Malaysia ini materialistik.Tidak bukan? Tetapi hadiah itu hanya sebagai lambang penghargaan kita kepada mereka.Yang penting pengargaan secara tuntasnya dalam jiwa nurani kita.
read more…
Posted by: zul / Category:
Isu Semasa,
Life
Laman web.Nama pun laman web.Apa guna laman web yang pesat bertumbuh.Setakat maju dalam grafik dan aplikasi flash tetapi kosong buat apakan.Oklah pembaca-pembaca blog ku yang disyangi sekalian, aku dengan kacaknya hari ini ingin membawa satu topik baru hari ini.Peneraju Laman Web Berinfomatif.
Oklah.Bila korang mau buat asgment,buat projek,ataupun mencari maklumat , perkara pertama yang mungkin korang akan korang lakukan ialah mengooglekan diri.Bila dah google tuh..mesti Pakcik Google dan Pakcik Sewaktu dengannnya akan bagi result.Dan result yang pertama tentulah dari Wikipedia.Tanpa melengahkan masa,aku selaku tuan tanah blog ini dengan kacak dan penuh takzimnya ingin berdiskusi pasal laman-laman web yang berinfomatif ni.Antara laman web berinfomatif ialah:
Wikipedia
Wikipedia adalah merupakan projek terbuka enklopedia .Wikipedia berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat-maklumat yang baru dimana segala data-data boleh diubah mengikut kehendak pengguna.
Rencana-rencana dalam Wikipedia merupakan hasil kerjasama para penyumbang dari seluruh dunia. Laman web ini merupakan laman web jenis wiki, yang bererti sesiapapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, dan menambahkan informasi dalam sesebuah rencana dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap laman.
Wikipedia merupakan salah satu projek Wikimedia Foundation, Inc. yang juga telah mencipta keseluruhan projek Wikipedia, antara lain seperti Wikiquote, Wiktionary, Wikisource, Wikibooks dan Wikinews. Di Wikipedia dan projek yang lain, anda diharap untuk berani menyunting, dan turut menyumbangkan pengetahuan pada bidang pengetahuan yang anda minati.
Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger, dan beberapa penyumbang laman Wikipedia bahasa Inggeris. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif yang menyumbang dalam 7,000,000 rencana dalam lebih daripada 260 bahasa. Ketika ini terdapat 38,842 rencana bahasa Melayu; setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia melakukan puluhan ribu suntingan dan mencipta ribuan rencana baru di seluruh Wikipedia. read more…
Posted by: zul / Category:
Komputer & IT
Kebelakangan ini , dunia multimedia begitu pesat membangun.Cakap sahaja pasal web,pasal komputer, laptop dan alatan-alatan komputer semua ada peningkatan dan inovasi yang baru.Begitu juga apabila bercakap tentang pembesar suara.Ditegaskan pembesar suara ataupun dalam bahasa rojak yang ditentang oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) ialah speaker.Ditegaskan sekali lagi speaker ini tiada langsung kena mengena dengan speaker dewan undangan Perak yang kelihatan kucar-kacir sekarang ini.
Speaker,subwoofer merupakan peralatan multimedia yang paling mendapat perhatian apabila ada PC Fair.Cakap sahaja pasal speaker, aku boleh 10 jenama utama pembuat speaker multimedia ni.Altec Lansing,Creative,Logitech,Sonic Gear,THX,Edifier dan sebagainya.Tapi bagi aku ,aku prefer Altec Lansing.Aku nasihatlah kepada korang yang membaca blog aku ni..kalau nak beli speaker
yang mantap angkat Altec Lansing.Apa barang Sonic Gear!!!

read more…
Posted by: zul / Category:
Uncategorized