Perangai Peniaga Yang Patut Kita Boikot
Dah lama dah aku nak tulis pasal benda nih . Dah tak boleh terima lagi . Dah tak boleh nak simpan lagi . Sebab memang diaorang ni nak kena ajar sikit . Aku tulis ni bukan nak kondem korang tapi kalau perangai kurang ajar tu ..memang patutlah kena kondem.
Berniaga- niaga jugak . Ada peniaga yang tamak haloba menipu . Raya haritu , ada orang jual lemang tapi menipu . Menipu macam mana ? Ada ke patut dia letakpulut yang dah bertanak dalam batang buluh tuh . Lepas tu , campur dengan santan dalam buluh tu . Nak cepat masaklah konon yer..? Bangang tak reti berniaga..x ada kemahiran jangan lah berniaga..bodoh!!!
Yang lagi satu aku tak gemar nih..peniaga makanan yang simpan lauk yang dah lama lepas tu jual. Ayam goreng dah bau macam bangkai pun nak jual gak . Memang tamak lah..siapa yang teraniya beli tuh..mungkin akan memaki hamun peniaga tu dalam hatinya . Kalau yang otai , pegi hamun peniaga tu depan –depan .
Nak tolong orang melayu ni kena tengok jugak . Dah perangai macam haram nak bagi muka jugak lebih lah..!!! .
Dan paling aku bengang kebelakangan ni..gelagat peniaga melayu kecil-kecilan yang tak mahu jaga hati customer . Nak tau pengalaman aku ? Aku haritu adalah lah pegi lepak kat sebuah kedai makan . Duduk situ dah lama..macam orang bodoh takder sekor pun tanyer order . Jalan depan aku buat bodoh . Dah kaya sangat ker ? Tak nak berniaga . Ada sekor brother tu yang mungkin pekerja kedai tu siap merokok-rokok lagi lalu depan aku . Apa kebangang sangat majikan ambik pekerja macam tu ?
Aku yang kebosanan pun panggil lah brother tu ..tapi cam haram buat macam tak nampak pulak . Kena panggil kuat-kuat pulak . Bodoh!!!..Bro..kasi teh O satu//makan nasi paprik . Lepas ambil order tu..dia letak kertas pesanan tu kat tempat memasak .
Tunggu punya tuggu..dah 30 minit . . Aku pun tengok kat dapur . Orang lain yang datang lambat pun dapat makanan . Tengok-tengok kertas pesanan aku hilang .Ni mesti kerja brother yang bodoh..(muka macam mat gian pun ada gak aku tengok..khayal jer kerja) . Letak kertas tak nak cakap kat tukang masak .
Well..nak senang cakap mereka ni malas . Duit nak tapi kerja tak nak . Jauh berbeza sekali apabila kita pergi ke kedai mamak . Lepak berjam-jam pun diaorang tak kesah dan pastinya customer service tip top . Cakap nak teh tarik ..dia dah kata siap …Cepat giler kan…
P/s: Kadang – kala kita perlu merenung kembali kelemahan bangsa kita.
Tags: ayam dah berbau, ayam dah busuk, boikot peniaga penipu, busuk, duit, janji melayu, lemang, makanan basi, melayu malas, melayu terbaeklah, melayu tolong melayu, peniaga melayu, peniaga penipu, senarai makanan original malaysia, senarai restoran kuala lumpur, serik dengan peniaga, tipu daya




October 8th, 2009 at 7:41 am
peniaga2…tula, bila orang tak nak beli kedai dia, merungut kata tak support bangsa sendiri..tapi macam mana la nak maju bila orang dah dtg kedai makan dia, dia pulak layan macam sambil lewa je..memang patut diajar….
October 8th, 2009 at 7:49 am
pengalaman beli makanan kedai melayu:
beli ayam goreng seketul dengan sup sayur sesenduk tapi kuah lebih sikit. bila bayar kena caj RM5.00. rasa macam mahal giler. tapi biar je la. bila balik nak makan, ayam tu kering dan tawar tapi sup sayur masin nak mampus. memang kaw-kaw pekat garam. last-last buang je makanan tuh.
dah la mahal… tak sedap pulak tu.
ada member makan kat kedai yang sama jugak, ambik nasi, ikan goreng dengan sayur campur. kalau kedai biasa boleh la kita bajet paling mahal pun RM5 la.. sebab bukan ikan mahal pun.. ikan goreng biase je. tengok2 kena 7 ringgit lebih. menyirap je member tuh.
sy dah serik makan kt kdai tu. satu, sebab mahal gile. yang kedua tak sedap. member pun kate tak sedap.
October 8th, 2009 at 8:30 am
bagi aku kalo mahal skit pon..janji service tiptop..tak kisah ar..
October 8th, 2009 at 2:12 pm
uiisszz…. betul tu.. banyak gak perniaga macam nie ha.. majikan tamak pekerje sambil lewa. nak kata malas ingat2 ar pelangan.. bab pelangan la banyak bagi keuntungan kat sesuatu perniagaan. lagi2 melibatkan makanan, mesti tip top layanan dia.. pelanggan makan lagi senang hati.. btl tak??
October 8th, 2009 at 2:45 pm
haha..isu yang menarik kat sini… >.<
agak nye mmg camtu kot kalo peniaga nih, macam mak aku salu cakap, dorg jual mahal bukan ape, sb nak "cepat naik haji je"…^^
October 8th, 2009 at 3:28 pm
memang betul…peniaga melayu untung nak lebih tapi kerja nak kurang…
dulu saya dok fikir kenapa lah restoran mamak senang je nak naik…rupanya berpunca dari cara mereka menjalankan bisnes juga…mcm di temerloh ni feymes mamak oldtown…dari zaman x berwifi sampai la skrg dh berwifi…
pengalaman saya minggu lepas saya ke restoran de mall kuantan (sebelah megamall kuantan)…dah duduk dekat 10 minit takde sorang pon datang ambil order…saya tgk pekerja dia ulang alik je tapi xde yang datang nak bertanya “dah order ke blom”…bengang punya pasal saya gi ke restoran mamak di sebelahnya iaitu restoran alif…baru je dengar saya tarik kerusi si pekerja restoran dah meluru ke arah meja saya dan terus tanya apa nak minum…
October 8th, 2009 at 3:47 pm
tuler masalahnya, kita bg sokongan penuh tapi biasanya hampas yg kita dpt…
aku sendiri tak kisah kalau mahal janji sedap dan servis ok..
kat melaka nie aku paling tak suka makan kat kedai ikan bakar malim, harga ikut gaya…tapi aku pelik coz ramai jer org…rasa xde ler sedap mana pun.
aku jenis jarang makan kat luar, sekali sekala tu kalau makan kat luar aku cepat terasa kalau kedai tu tak sedap atau servis hampeh.
October 8th, 2009 at 7:12 pm
betul..tapi kalau makanan mahal dan tak sedap..jangan harap aku nak singgah kedai depa lagi..huhuhu….boikot mereka..hehehe
October 9th, 2009 at 9:29 am
@Tyra, kena macam tu memang hangin lah weh..dah bayar mahal-mahal tapi kualiti makanan hampeh….
agaknya tokey kedai restoran tu bukak kedai nak bagi ayam makan kot..hahaha
makanan hospital lagi sedap lah dari makanan restoran depa..
October 9th, 2009 at 1:50 pm
aku pun ade gak pengalaman mkn kat kdai mkn ‘MELAYU’ yg nmpk dari luaran,WAHHH! mcm best la makanannya tp rupanya indah khabar dari rupa. Yg plg aku marah bile tkde org nak ambk order. ddk da lame pun msih tk dtg gak. hangin punye pasal,aku trus blah. p jahanam aku nk singgah kdai tu lg. huh
P/S: org kite kena byk blaja lg cara bisnes yg btol,baru la pelanggan hepi.
October 9th, 2009 at 7:08 pm
yes ! sgt stuju
mmg pernah kena cm tu
ambek order tnyer balik dhx der dh kertas order
tp silap laa
bg dpn muka trus je
n blah je g kedai lain
sakit ati tul
October 9th, 2009 at 11:45 pm
nak bagi mereka sedar, tak payah pergi beli kat situ.. biar dia tahu sikit!
October 10th, 2009 at 11:22 pm
@beliamuda, hahaha..tapi tulah kan..kalau dah terdesak kena beli kat mereka gak..macam hari rayaharitu..kedai makanan tak banyak yang bukak masa hari-raya pertama dan kedua..apalagi mereka golongan peniaga ini mengambil jalan mudah mengaut keuntungan berlipat gandalah..harga pun mahal..cekik darah pengguna..
October 10th, 2009 at 11:22 pm
@YeiRkif, hahaha..marah betul ko ek..hehehe…lepas tu ko g kedai mana ek? hehehe…
October 10th, 2009 at 11:23 pm
@finalcross, betul tu..orang kita perlu belajar cara jaga hati customer..kalau tak..pelanggan akan lari..
October 10th, 2009 at 11:25 pm
fush! ayat power bro. memang sokong tanpa bantahan
p/s: gambar lemang bokeh mantap yg tak tahan tu. amik sendiri ke? lagi mantap
October 10th, 2009 at 11:25 pm
@firdee, hahaha..betullah apa yang pernah Dr Mahathir cakap bangsa melayu ni haprak..kerja xnak..tapi nak kaya..
kepada yang berkenaan jangan tersinggung..ambil pengajaran dari nasihat Dr Mahathir ..
October 10th, 2009 at 11:25 pm
@namie, naik haji duit tak betul..x guna gak..
October 10th, 2009 at 11:32 pm
melayu ni bukan bisnes makan je gini…bisnes lain pon gini…tak nak belajar cara bangsa lain (terutama cina) berniaga…bila dengki mula la bomoh sana bomoh sini…adeh la melayu…bangsa ku…
October 10th, 2009 at 11:39 pm
huhu..bisnes(urusan) rumah tangga pun melayu guna bomoh2..ubat pengasihlah ..susuklah..
October 11th, 2009 at 9:31 am
semua masalah tu aku pon pernah hadapi..
banyak faktor yg menyebabkan peniaga2 Melayu sekarang ni tak maju2 lagi.disebabkan sikap diorang tu lah
October 11th, 2009 at 9:32 am
aku penah kena kat bazaar ramadan ..
beli satu kuih yg kuahnya patut manis tp rupa2nya diorang boh kicap ..
cam siot .. mentang2 bulan posa, org tak bleh nak rasa
October 11th, 2009 at 10:02 am
agama memang menyuruh kita mengutamakan peniaga sebangsa dan agama kita sendiri. Tapi zaman sekarang ni, apa yang ko tulis tu mmglah benar2 belaka.
So sekarang ni, aku dah lama prefer lepak mamak dari kedai melayu..
nak buat camne.. dia sendiri yg cari makan tapi berlagak macam CEO petronas.. lantak ko la situ.. lingkup la esok lusa kalau terus perangai macam tu. Alahai..
October 11th, 2009 at 10:43 am
haha..perangai macam ceo petronas …ceo petronas pun x sombong macam depa..haha..agaknya mereka tu rasa dah kaya sangat kot..
October 11th, 2009 at 11:41 am
Nak wat macam mana.
Melayu Niaga.
Melayu Mundur.
Silap cara.
Tak tahu bersyukur.
Tolonglah maju wahai bangsaku~
October 13th, 2009 at 8:11 pm
salam tuan tanah…huhuhu falcon pon pernah kena camtu..mmg hangin satu badan… msk mnt ke 30 ktorg yang dh order tuh trs angkut kaki blah jer.. wat pe nk tunggu lagi… kita dtg nk mkn , bkn nk tgk die berniaga… huhuhu kepada peniaga2 awas dengan kehadiran falcon ke kedai makan anda yer…
October 15th, 2009 at 3:21 am
Mamat macam tu, klu awek panggil cepat la layan. Laki panggil, jadi mcm tu la.
Jangan ada yg taun dah r. Muntah gak depan2 meja tu baru puas. Hehe..
October 16th, 2009 at 9:48 pm
waa..blog ni best..saya nampak lemang tu macam sedap…bro…nak jadi adik angkat bro boleh?? haha…sebab bro famous..boleh la saya tumpang populariti bro sikitt
October 18th, 2009 at 10:44 pm
hishh teruk giler peniaga mcm tuh.. ak pernah kena sekali kat 1 kedai.. order dh kemain lm.. tp x sampai2.. lebih sejam ak rs.. last2 ak blah jer.. huhu..
October 19th, 2009 at 1:07 am
mamat macam tu jangan dibagi peluang kerja..dah kerja jadi pemalas..
October 19th, 2009 at 2:14 am
nak!!! nak!!!
waaa..eksaited tahu?? wakakaka..
saya memang suka bro bro ni nak amek saya jd adik angkat..kui3x
October 21st, 2009 at 5:23 pm
aku pernah merungut dlam blog aku..alih2 aku kena maki,,,kenyataan apa..
October 23rd, 2009 at 11:24 am
pict menarik la…
tp mmg kebanyakan peniaga mcm tu…dilot pun penah kene gak..pernah sekali nak dapat minuman pun amik masa lebih setgh jam..mak aiii..
October 24th, 2009 at 1:21 pm
@firdee, apalah awak ni… macam gitu pun nx berkira
October 24th, 2009 at 7:20 pm
@cassim, mungkin kamu salah sorang dari mereka yg berniaga begini…
bagi saya tak salah pelanggan untuk tidak puas hati dengan khidmat yg tidak bagus oleh peniaga. jika pelanggan tidak boleh berkata tidak dengan khidmat yg hampeh memang xde nilai la kita ni jadi pelanggan…
October 28th, 2009 at 8:34 am
salam
memangla awak patut tak berpuas hati tapi janganla ayt tu kasar sgt,saya tahu ni blog awak sukati awak la nak cakap apa,tapi orang lain pun baca sama. kalau tak puas hati pegi cakap dgn org yang buat lemang tu hbs cerita. tak payah nak maki hamun blakang2,kurang dosa,tegur org dapat pahala. kalau diorang tak nak dengar baru boikot. OK bro
November 15th, 2009 at 3:59 am
setuju2. nak amik order pon cm nak xnak je. xnak keje gtaw la awal2. mmg servis hancurrrr. zzzz~
November 20th, 2009 at 2:34 pm
betol2…
kalau servis macam hampeh…sampai bile pown takkan maju…
buang masa jer ade la…
December 7th, 2009 at 3:04 pm
@firdee, sorry for the poor services…no excuses it is good if you dapat tegur those lazy workers. compare to the other restaurant which employs almost all imported players, de’ mall are mostly local. so as you know, local discipline (no) ; hard-work (no -pahat&tukul); clean (yes). the imported – discipline (yes), hard-work (yes); clean (?). that is why only after 3 years of operation we employed 3 imported per shift
regards
December 11th, 2009 at 1:27 am
@de’ mall, thanks for ur comment..
August 11th, 2010 at 12:52 pm
Saya pun biasa makan luar. Setakat ni belum jumpa lagi kedai makan yang betul tip top service. Saya punya prinsip, kalau saya order, saya bagi 10 minit je untuk benda tu sampai. Lepas 10 minit saya angkat punggung, celah. Ramai gak peniaga yang bengang ngan saya. Pedulik apa aku.
August 11th, 2010 at 12:56 pm
Bagi yang terkena, toksah bising-bising. Promote je kehampehan kedai yang berkenaan pada kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa saja yang anda kenal. Mouth to mouth akan bikin itu kedai bungkus.