Stigma Peribadi Pada Perempuan Jalang !!!

Well , pagi tadi dengar Hot FM AM Krew , ada tetamu khas dari filem terbaru yang akan ditayangkan esok..Jalang..Nak cakap heroin filem ni hot sangat taklah jugak , tapi bolehler tahan untuk tatapan umum. Itu pasal filem . Namun kalau situasi sebenar macam mana pulakkan?
Jalang menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud :
tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap, liar; kerbau ~kerbau yg tidak dipelihara orang, kerbau liar; perempuan ~ perempuan jahat, pelacur;menjalang menjadi buas, menjadi liar: dia ke kota dan ~ di sana; kejalangan perihal jalang, (kebuasan, keliaran): di daerah terpencil itu ~ masih berleluasa.
Nampak pelikkan definisi dari kamus Dewan Bahasa kan..ada pulak kerbau liar masuk . Haha..namun kita tumpukan pada maksud Jalang itu dalam konteks masyarakat iatu dalam komuniti manusia yang bermaksud perempuan jahat ataupun dalam bahasa kasarnya pelacur.

Perempuan jalang bagi aku ada kadang-kala menjadi jalang disebabkan perbuatan lelaki . Walaupun aku lelaki , tapi aku tahu kadangkala sesuatu yang berlaku terhadap seorang perempuan adalah disebabkan lelaki . Masakan tidak jika Lelaki A try Perempuan B . Lepas tu tinggalkan jer . Takkan ker meroyan perempuan tu lepas tuh . Persepsi masyarakat sudah tentunya dibayangi tompok-tompok hitam dan tiada langsung yang mahu memberi nasihat dan pandangan terhadap kewujudan masalah sosial ini.
Kalau perempuan jalang itu seorang pelacur , pendek akal pasti terus akan mengecop mereka perempuan murahan .Namun perempuan jalang tak semestinya melacurkan dirinya . Kalau seorang ibu itu sanggup membunuh anaknya , itu yang patut kita panggil perempuan jalang . Lepas main , dapat anak dan buang . Tulah lagi jalang..
Jalang lagi pada aku jika seorang itu melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain . Nampak kasar kenyataan aku ,namun jika difikirkan secara logik jika seseorang perempuan itu perempuan yang baik pasti akan menjaga maruh dan kehormatan dia dan suaminya. Even suami mereka mati pucuk sekalipun , jika seorang isteri yang baik dan solehah..pasti meredhakannya . Tetapi suami haruslah faham juga kemahuan isteri . Jangan jadi suami yang ego.
Jalang lagi perempuan yang bersosial di kelab-kelab malam dengan pergaulan bebas , sampai botol arak bergelimpangan dan melakukan maksiat . Nak salahkan saper ? Kawan sebaya ? Ibu bapa? Persekitaran ? Tidak itu salah mereka sendiri . Nama pun manusia .Dah diberikan akal untuk berfikir . Maka berfikirlah sebaik-baiknya.
Opps..cakap pasal perempuan jalang jer..lelaki takder ker yang jalang? Sudah pasti ada jika mereka menyebabkan perempuan itu menjadi jalang . Mereka pula layak digelarkan lelaki jalang ataupun Jantan Jalang.
P/s: sorry kepada kamu semua bloggers..jika penulisan aku ini menguris hati korang..namun semua ini untuk kebaikan kita bersama .
Tags: bloggers, hot fm am krew, hubungan sulit, ister, isteri, jalang, kelab malam, kemahuan isteri, kerbau liar.., lelaki jalang, maksud jalang, pelacur, perempuan isteri dan ??, perempuan jalang, wanita jalang, yasmin khaliff


November 25th, 2009 at 12:54 pm
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by his_her: Blog updated.. Stigma Peribadi Terhadap Perepuan Jalang.. http://zulfitry.com/stigma-peribadi-pada-perempuan-jalang/...
November 25th, 2009 at 8:09 pm
hahahaha…
jalang2…
[Balas kenyataan dia]
November 29th, 2009 at 12:48 am
@Si Naga, haha..sejak bila jerung jadi naga ek?
[Balas kenyataan dia]
November 27th, 2009 at 3:19 am
benda ni boleh jadi sebab banyak faktor….tapi perempuan tu sendiri la kena ada kesedaran nak berubah dan berubah… (itu pon kalau dia nak berubah la)
sekian daripada saya..terima kasih
[Balas kenyataan dia]
November 29th, 2009 at 12:39 am
@cikepal, betul tu…n satu lagi yg paling penting…lelaki2 diluar tu, lindungilah kaum perempuan, jngn la merosakkan mereka.
[Balas kenyataan dia]
November 29th, 2009 at 12:52 am
haha..dengar tu kaum lelaki semua
[Balas kenyataan dia]
November 28th, 2009 at 1:22 pm
huhu betul la…kerbau pun ada dalam maksund jalang tu…baru check kamus
aku rasa mcm tak pernah dgr jek lelaki jalang…
[Balas kenyataan dia]
November 29th, 2009 at 12:55 am
hurmm..buat la term lelaki jalang.dbp boleh letak kot dalam kamus dewan nanti kot?
[Balas kenyataan dia]
January 20th, 2010 at 7:39 pm
@zul, bagaimana dengan lelaki jalang dan perempuan jalang???
[Balas kenyataan dia]
January 20th, 2010 at 7:37 pm
pasal pompuan jalang yer… hrmmmmm
[Balas kenyataan dia]
January 20th, 2010 at 7:38 pm
ada satu citer benar yang berlaku dengan seseorang yang aku kenal…
[Balas kenyataan dia]