Ah Long Kau Memang Celaka!!!

Semalam..sebelum perlawanan Manchaster United dengan Barca ,aku menonton berita di RTM1.Dalam berita tu aku agak terkejutlah dengan ketidakmanusiaan yang berlaku apabila ada Ah long ataupun ceti haram (haram tapi yang peliknya berdaftar dengan kementrian kewangan) mengurung peminjamnya yang gagal melunaskan pinjaman.

Celaka betulkan Ah Long ni.Yang menjadi mangsa orang yang memang terdesak ataupun sedang mengalami kesempitan wang.Mana taknya..kebanyakan yang meminjam ni merupakan golongan peniaga ataupun pengusaha kecil-kecilan.Mereka memerlu kan modal untuk rolling back capital.Tapi ada juga peniaga ataupun pengusaha yang memang tidak mahir dalam mengurus kewangan yang menyebabkan mereka terjebak dengan Ah Long si keparat ni bagai lintah menghisap segala bendalir badan manusia.
Sekarang ni ada agensi yang menolong peniaga-peniaga ni.Ingat lagi iklan kami bukan Ah Long kami cuma nak tolong.Mungkin beberapa terma dan syarat oleh agensi terbabit menyukar peminjam untuk meminjam.Contohnya,hendak cagaran dan sebagai.Lagi satu penjamin.Siapa yang hendak menjamin jika mengetahui korang memang sesak waktu tuh..dan aku pun tidak akan dan tidak mahu menjadi penjamin bagi orang terdesak macam tu.
(more…)