Perodua Alza – Sekadar MPV atau Superior MPV?
Hey..u all semua . Hari ini , marilah kita mengenali produk terbaru daripada Perodua iaitu Perodua Alza . Perodua Alza yang baru dilancarkan bulan November 2009 ini , adalah sebuah model MPV yang sesuai untuk rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mampu dimiliki.
Alza didatangkan dengan 6 variasi warna dan dua varian standard iaitu transmisi manual dan auto . Perodua merupakan model MPV pertama keluaran Perodua yang selama ini menumpukan kepada pembuatan kereta seksyen versi mini dan kompak.

Harga model terbaru Perodua iaitu dianggarkan bermula dari RM56,000 hingga RM70,000 bergantung kepada spefikasi yang dimahukan oleh pengguna . Harga yang nampak ideal untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana.
Dasar Automotif Negara yang diperkenalkan tahun ini dijangka dapat merancakkan penjualan kereta pada masa hadapan dan Perodua yakin mampu mencapai matlamatnya untuk menjual dan mengusai 33.3 peratus dalam pasaran kereta tempatan.
Bagaimanakah prestasi MPV ini nanti ? Harap-harap boleh mencapai kepuasan seperti Myvi dahulu .. Boleh jadi Superior MPV tak untuk rakyat Malaysia ?
(more…)