RSS Banner


Anda Memang Takbur jika Tidak Kutip Syiling

img_8543

Duit syiling..Satu elemen penting khususnya untuk mereka yang selalu mengunakan pengangkutan atau perkhidmatan awam seperti bas dan tandas.Bila cakap pasal syiling kebanyakan orang mengangap bahawa syiling itu tidak bernilai.Mungkin bagi adik-adik yang masih bersekolah rendah pastinya anda amat menhargai duit syiling yang selalu anda perolehi selepas membayar makanan di kantin.Yelah…adik-adik pasti akan mengunakan duit syiling tersebut dengan bangganya dengan membeli aiskrim,mainan atau membeli singam..

Namun,untuk orang dewasa ataupun remaja yang tidak tahu keperitan mencari duit mungkin akan memandang sinis duit syiling di lantai.Nampak pun buat tidak tahu sahaja.Dahulu..sepuluh sen boleh digunakan untuk membeli sarapan pagi dan boleh membuat kenyang.Tapi..itu dahulu..

Kini..untuk sarapan pagi sahaja boleh mencecah dua,tiga empat ringgit perbelanjaannya.So,kebanyakan daripada kita pasti akan memandang sinis duit syiling yang ada di lantai ataupun dibawah katil anda.

Dan untuk dijadikan cerita masa dahulu, aku ni budak-budaklah nak beli sticker pokemon.Aku bayar dekat nyonya tu.Aku bayar guna duit syiling 5sen..benda tuh harga 2 ringgit.Dia kata duit 5sen aku tidak laku..dan tidak mahu menerima duit syiling aku.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Kewangan, Perbincangan Am