Mood Untuk Kembali Berblog
Sesuatu perkara telah berlaku kepadaku.Dari peperiksaan yang aku jalani,dapat aku simpulkan aku sebagai pelajar yang lemah.Tidak bagus.Nampak kecewa bukan?Tidak perlu salahkan orang lain.Semuanya salah aku.
Bila orang belajar kau bermain…
Dan apabila masuk minggu peperiksaan mood aku untuk berblogging amat rendah sekali.Kalaulah ada aplikasi mengukur mood seseorang untuk berbloging kan bagus. Dan disebabkan mood yang tidak baik dan kegatalan untuk tangan untuk menyentuh cpanel , aku telah melakukan kesalahan dimana aku telah terpadam database untuk blog aku.Maka dengan itu, blog aku musnah.
Baru hari ini,aku kembali membuka cpanel untuk install semula wordpress dalam hosting.Dan entry ini merupakan entry pertama untuk blog aku.

Nantikan entri-enti akan datang yer..
Posted by: zul / Category: Blog, Isu Semasa, Komputer & IT, Life

