Masa nak tulis entry ni..aku tengah layan lagu Kamilia nyanyian oleh Irwanshah . Haha..poyo layan Irwanshah…so what ? Well..memang tak dinafikan poyo tapi asal lagu tu sesuai untuk halwa telinga go on jer..
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
First of all..aku nak ucapkan terima kasih terutama kepada En Azman Ishak yang telah menyiapkan sidebar edisi transformers yang aku cadangkan dalam komen aku pada entry beliau yang lepas. Well done bro.

Gambar ehsan dari Lowyat Forum
Reader-reader semua mesti nak tahukan apa kesudahan episod cinta dalam dua entry yang lepaskan. Well..aku rasa buat masa ni aku nak simpan dulu part 3 tuh. Bawak-bawak sabar ok. Nantikan ya..
Dalam seminggu ini , mungkin aku sibuk kerana semester baru akan bermula minggu hadapan . Nak tak nak terpaksalah aku menyiapkan segala persiapan kerana semester ini aku terpaksa berpindah ke kolej kediaman luar. Ini bermakna aku terpaksa mengunakan kenderaan untuk berulang alik ke kampus induk. Jesteru itu..aku terpaksa mengambil keputusan membawa motosikal sendiri. Motosikal apa ? Baru ker?
read more…
Posted by: zul / Category:
Blog,
Borak Kosong

Sesekali tu mahu juga aku meluahkan apa perasaan aku yang sebenarnya. Cukuplah walaupun hanya di dalam blog yang beralamat Zulfitry.com. Bukan ingin meminta simpati ataupun belas kasihan , tetapi hanya ingin berkongsi sebuah kisah di mana mula satu episod baru bermula dalam mendefinisikan apa itu Cinta…
Kisahnya bermula semasa aku sedang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya yang terkemuka di ibunegara iaitu Pavilion KL. Aku bekerja di salah sebuah kedai yang terdapat di dalam pasaraya itu . Kedai apa ? Kedai Cermin Mata ataupun nak sedap lagi spek mata. Kiranya pada waktu tu ,tempat aku kerja tu ada offer untuk para pelajar yang ingin membeli cermin mata.
Nak dijadikan cerita , maka satu hari tuh datanglah seorang customer dengan ayahnya.Customer aku tu perempuan. Anak ayah maybe..dalam fikiran aku . Aku sebagai seorang jurujual yang mempunyai kewibawaan pantas menyapa customer aku tuh.
Perbualan aku seperti berikut:
Aku: Ya..encik..selamat petang. boleh saya bantu?
Ayah dia: Anak saya nih nak cari spek baru..boleh awak rekemen mana yang sesuai? Hah..Faizah pegi pilih.
Aweks : Yer..daddy..(dalam nada manja yang pasti meruntun hati setiap kaum Adam)
Aku :Hurmm..awak boleh pilih .Kalau berkenan silalah ambil dan cuba.Kalau x sedap ,pilih lagi.Banyak lagi design nih..kat stor pun banyak lagi design frame yang baru..
Aweks:Hurm..saya nak yang tuh.Yang frame warna maroon tuh..
Aku:Ok..nah awak cuba dulu..sesuai tak?
Ayah dia:Faizah cuba dulu..kalau x sedap pakai..pilih lain..
Aweks: Daddy..dia nyer penyokong hidung x sesuailah dengan hidung Faizah..
Ayah dia: Kalau macam tu,pilih yang lain..
Aweks: Hurm..mana satu nih yer..
Aku : Saya kalau jadi awak amik design nih..sebab design frame nih sesuai dengan face awak..
Aweks : Owh..yeker..Kalau macam tuh , bagi saya yang tuh lah (sambil tangan ya menunjuk ke arah spek mata frame berwarna merah metallic yang aku rekemen kan tuh.
Aku: Nah..cuba pakai..selesa tak?
Aweks: Selesa..
Ayah dia: Faizah..macam mana? Nak tak?
Aweks: Bolehla..daddy.
Aku: Boleh tak?
Aweks: Ya..boleh
Aku: Ok..kalau macam tu sila ikut saya dekat sana..Check power mata ya..
Aweks: Ok..
Dia pun mengekori aku ke tempat mesin check power mata tuh.Dan terjadi sekali lagi perbualan aku dengan awek tuh..:
Aku: Jap ek..sila duduk.
Aweks: Ermm..
Aku:Letak muka atas penahan dagu yer..nampak tak cahaya kat dalam tuh?
Aweks:Nampak.ok..
Aku:Tunggu kejap yer..

Perbualan aku terhenti sebentar kerana aku sedang menekan button-button yang ada dekat mesin check mata tuh dan menekan button untuk print result mata.
Aku:Ok.siap.
Aweks:okay..
Aku:Esok..boleh datang ambil spek mata..cermin mata siap esok
Aweks:Baiklah..
Selepas itu aku menguruskan resit tempahan cermin mata dan depositnya.Dan disitu berakhirlah perbualan aku untuk sesi menjual beli hari tu..Keesokan harinya..sesi untuk penyerahan spek mata untuk customer tersebut.Kali ni..awek tu datang sorang jer..tanpa ditemani sesiapa.Memandangkan peluang keemasan jarang berlaku ,aku mulalah menjual minyak..Maka aku meneruskan sesi perbualan untuk kali ketiga..bro..!!!
read more…
Posted by: zul / Category:
Penulisan Kreatif