Faizah |

RSS Banner


Sesi Temujanji Pertama ( Part 3)

Beberapa hari kemudian , sewaktu aku sedang sibuk bekerja tiba-tiba masuk sebuah mesej teks ke dalam peti masuk mesej Nokia 3310 ku…
Mesejnya berbunyi seperti ini:

Hai awak..tengah wat apa tu?
Balasan ku terhadap mesej dia:
Siapa ni ? Tak der dalam phone contact pun…
Selang beberapa minit kemudian , balasan dari sidia masuk peti masuk mesej..
Ala..takkan dah lupa kita kot..Hurmm..xper2 biar saya kenalkan diri saya semula..saya faizah…masih ingatkah?

Aku yang membaca mesejnya itu tersentak dan dalam erti kata yang lain tergamam . Mungkin definisi perkataan yang aku gunakan kurang sesuai untuk menceritakan situasi aku..namun perlu aku gunakan kerana aku sendiri tidak tahu apakah perasaan yang aku sedang alami ketika itu . Gembira bercampur terharu ataupun gembira bercampur teruja…
Ingat jugak kau Faizah kat aku ( bisikan dalam hatiku )..Dari secebis pesanan teks ringkas yang Faizah berikan kepada aku..kini aku mempunyai nombor fon Faizah.
Jimmy yang mengetahui perkara itu..berkata

Jimmy: Wah sudah maju kau..Zul..
Aku: Ala..apa yang majunyer..kalau aku maju dah lama dah aku berhenti kerja dari kedai spek mata nih..
Jimmy: Hello kawan..aku cakap pasal girl hari itulah..
Aku: owh..aku ingat apa tadi..ala aku dengan dia takder apa-aper lah..
Jimmy: but for this time jer lahkan…hahahaha..( ketawa terbahak-bahak) (kalau sesiapa ada kawan macam Jimmy ni tolonglah nasihat sikit bukan takut apa..takut dia mati tersedak masa ketawa…haha..tak makan nasihat sekeh jer..keh3x..)
Aku: Whatever..

Aku meninggalkan Jimmy yang masih terbahak-bahak di kaunter pameran premis itu dan pergi ke bahagian stor untuk menyemak stok design frame yang boss aku tempah bulan lepas.

Dari sebuah mesej yang bermula dari Faizah itu..aku mula dapat mengenali hati budi Faizah . Aku dapati Faizah mempunyai sesuatu yang menarik di dalam jiwanya iaitu perasaan malunya bernilai dan setiap kata-katanya berhikmah.Banyak perkara aku dapat kongsi dan aku mempelajari sesuatu iaitu ketulusan hati amatlah penting dalam setiap hubungan. Satu hari keberanian yang datang kepadaku..memungkinkan aku mengajak Faizah untuk kali pertama keluar makan .
Dalam sebuah perbualan telefon:

Aku: Assalamualaikum..
Faizah: Waalaikumussalam..( dalam nada halus)
Aku:Errr..ada kat mana tu ?
Faizah: kat rumahlah…naper?
Aku:Errr..this weekend ni..awak free tak?
Faizah: Free jer..kenapa awak?
Aku:macam mana kalau saya ajak awak keluar?
Faizah: Ermm..keluar ke mana? saya tak biaslah lah sebab sebelum ni tak ada pun lelaki ajak saya keluar.
Aku: Owh..ye ker.? Habis macam mana nih? Boleh tak?
Faizah: Hurmm..sabtu ni bolehlah…tapi sekejap jer tau..dan satu lagi waktu siang jer okay..?
Aku: Terima kasih ..sebab sudi..

read more…

Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif

Cinta Itu Mula Dizahirkan (Part 2)

3567218312 20ace59501 Cinta Itu Mula Dizahirkan (Part 2)
Gambar ehsan dari Kerulsyukor. Seorang photographer perkahwinan.

  • Melewati dinihari yang dingin itu ,takkala fikiranku masih lagi tertumpu pada episod cinta yang aku sendiri lakarkan di siang hari.Benar..sesuailah ungkapan yang aku ungkapkan untuk kau Faizah..halus pada wajah..seni pada tingkahlakumu…
  • Pagi keesokkan dan hari-hari yang terus mendatang ,aku masih belum dapat melupakan bayangan Faizah.Lantas membuatkan rakan sekerja Jimmy bertanya kepadaku..Berikut perbualan aku dengan Jimmy.
  • Jimmy:Aku tengok ko ni semacam jer lepas jumpa awek tu?
    Aku:Mana ada..aku biasa jer..
    Jimmy:ko tak payah nak tipu akulah..aku kenal ko..playboy..
    Aku:aku ni playboy..? wah..wah sedap jer ko kata aku macam tu.Aku bukan playboy ko tau tak..aku ni cuma attractive jer dengan perempuan..asal ada jer perempuan..perempuan semua nak kenal dengan aku..
    Jimmy:Habis tu?
    Aku:Ko tak faham..aku Jimmy..kali ni lain..aweks hari tu lain dowh..
    Jimmy:Lain macam mana tuh..? tak faham ah aku.Dah ah..malas aku layan kau..

    bukitbroga3a1 Cinta Itu Mula Dizahirkan (Part 2)
    Gambar ehsan dari Faisalrahim aka BudakJawe

    Jimmy meninggalkan aku yang masik lagi berdiri di ruang pameran premis cermin mata itu.Lantaran khayalan yang menguasai diri aku pada hari itu ,aku memutuskan untuk mengambil cuti selama dua hari.Boleh tahan jugaklah kena sembur dengan bos.Yelah..baru haritu cuti sekarang nak cuti lagi.
    read more…

    Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif