Gigi Geraham Bongsu |

RSS Banner


Bangga ker kahwin dengan orang tua?

zulfitrycomimage Bangga ker kahwin dengan orang tua?

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Baca sambil dengar lagu ni yer..

Yup..Bangganya saya dapat berkhawin dengan orang tua. Orang tua kan banyak pengalaman . Yang penting poket masyukkan . Harapkan yang bujang-bujang yang fresh graduate tu buat apa..makan sendiri depa pun tak tertanggung . Baik aku pilih orang tua jer . Dah la poket tebal..romantik pulaktuh..dan mesti orang tua nih penyabarkan . Yang muda nih kalau silap sikit , tak kena gaya makan penampar pulakkan?

Korang pembaca perempuan sekalian macam tuker ? Aku harap tidak . Mungkin juga sesekali kita terfikir macamtu sekiranya melihat seseorang perempuan yang dara berkahwin dengan lelaki yang lebih tua . Tua berapa tahun ? 10 tahunkah ? 20 tahunkah , 30 tahunkah ? atau lebih dari itu . Kalau tua setakat 10 tahun biasalah , namun jika lebih tua hingga puluhan tahun , mungkin masyarakat memberi stigma yang berbeza .

Antaranya ialah :

1) nakkan harta lah tuh ( pah bedah yang cakap ek)
2) yang tua miang..yang muda tu gatal..
3) haha..yang tua kahwin muda-muda tu sajer jer nak buat penyedap masa tidur..

Namun aku percaya masih ramai wanita di luar sana yang tak berfikir sebegitu . Haha..masakan nak kahwin dengan lelaki seusia bapa sendiri pulakkan? Tepuk dada tanyalah selera..!!!

Cerita dibawah ini mungkin akan mengubah persepsi masyarakat tentang lelaki tua . Mungkin?

Ada seorang tokwan yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan sorang janda muda yg berumur 25 tahun di sebuah kampung di negeri Kedah. Tokwan ni adalah seorang yg kaya.. Banyak bendang, kebun getah, lembu, kambing, rumah yang besar. Tokwan ni memang dikenali sebagai orang kaya di daerah Kubang Pasu.. lagipun tokwan ni dah lama menduda, dan sebab itu tokwan buat keputusan untuk mengahwini janda muda, Piah, yg berumur 25 tahun yg masih bergetah.

Piah pula baru je menjanda kerana suaminya dulu mati dibaham harimau kat hutan Sintok. Piah memang seorang yg cantik, bergetah, seksi dan selalu menjadi rebutan org kampung sebelum dia berkahwin dulu. Sekarang ini bila je piah ni menjanda, ia telah menjadi suatu khabar gembira buat semua org lelaki kt daerah kubang pasu.

Bila tersebar kad jemputan kahwin antara tokwan dan piah, org lain ketawa, kerana Piah sanngup mengahwini tokwan yg dah berusia. Org2 perempuan pulak sibuk mengumpat mengatakan piah ni mata duitan kerna sanggup kahwin ngan tokwan yg kaya dan tua bangka.. tapi hakikatnya Piah memang mengahwini tokwan kerana harta untuk jaminan masa depan dia.Piah sudah tidak sanggup hidup susah lagi.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Life

Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..

Dua dan tiga hari kebelakangan ni Zul sakit.Kesakitan yang amat menyakitkan sehingga mengurangkan nikmat makan Zul selama ini.Rupaya wisdom teeth ataupun gigi geraham bongsu nak tumbuh.Gigi baru tuh baru nak keluar secara sedikit-sedikit.Mengikut kajian yang Zul lakukan ,gigi geraham bongsu ini selalunya akan tumbuh kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun.Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian tentang geraham bongsu nih:

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
news3 clip image0011 Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Kesihatan