RSS Banner


Hari Ibu:Pengisian Hari Ibu Oleh Anak-Anak

Hari Ibu..Hari Ibu bermaksud hari untuk merayakan dan meraikan ibu.Perlu ker ada hari untuk meraikan? Persoalan yang sering bermain untuk insan-insan yang bergelar anak.Ibu insan yang istimewa.Bagi aku ibu adalah harapan dan pendorong bagi aku .

Ibu bagiku begitu baik.Namun aku sendiri juga tidak memahami beliau.Ibu bagi insan yang sabar cuma aku yang kurang sabar.Ibu insan yang penyanyang namun aku jarang memahami perasaan beliau.Benak fikiran ibu,hati ibu cuma ibu yang tahu.Apa yang aku kesalkan selama aku hidup,ada sangatkah sumbangan aku terhadap ibuku.Layakkah aku mencium bau syurga yang sering dikatakan bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.

Sejarah hidup ibu,penuh duri dan banyak ranjau..
Perlu kesabaran yang penuh,untuk tetap berdiri..
Adakalanya ibu berbicara, bila hatinya telah bulat..
sepanjangnya hidup, ibu tetap korbankan..

Sejarah telah membuktikan ibu mempunyai peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak sejak kecil lagi.Jika aku tidak diasuh adakah aku dapat menjadi insan seperti sekarang ini.

Ibu..maafkan abang jika selama ini banyak menyakitkan hati ibu…

Nukilan ikhlas..
Anakmu..

Posted by: zul  /  Category: Life