RSS Banner


Bangga ker kahwin dengan orang tua?

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Baca sambil dengar lagu ni yer..

Yup..Bangganya saya dapat berkhawin dengan orang tua. Orang tua kan banyak pengalaman . Yang penting poket masyukkan . Harapkan yang bujang-bujang yang fresh graduate tu buat apa..makan sendiri depa pun tak tertanggung . Baik aku pilih orang tua jer . Dah la poket tebal..romantik pulaktuh..dan mesti orang tua nih penyabarkan . Yang muda nih kalau silap sikit , tak kena gaya makan penampar pulakkan?

Korang pembaca perempuan sekalian macam tuker ? Aku harap tidak . Mungkin juga sesekali kita terfikir macamtu sekiranya melihat seseorang perempuan yang dara berkahwin dengan lelaki yang lebih tua . Tua berapa tahun ? 10 tahunkah ? 20 tahunkah , 30 tahunkah ? atau lebih dari itu . Kalau tua setakat 10 tahun biasalah , namun jika lebih tua hingga puluhan tahun , mungkin masyarakat memberi stigma yang berbeza .

Antaranya ialah :

1) nakkan harta lah tuh ( pah bedah yang cakap ek)
2) yang tua miang..yang muda tu gatal..
3) haha..yang tua kahwin muda-muda tu sajer jer nak buat penyedap masa tidur..

Namun aku percaya masih ramai wanita di luar sana yang tak berfikir sebegitu . Haha..masakan nak kahwin dengan lelaki seusia bapa sendiri pulakkan? Tepuk dada tanyalah selera..!!!

Cerita dibawah ini mungkin akan mengubah persepsi masyarakat tentang lelaki tua . Mungkin?

Ada seorang tokwan yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan sorang janda muda yg berumur 25 tahun di sebuah kampung di negeri Kedah. Tokwan ni adalah seorang yg kaya.. Banyak bendang, kebun getah, lembu, kambing, rumah yang besar. Tokwan ni memang dikenali sebagai orang kaya di daerah Kubang Pasu.. lagipun tokwan ni dah lama menduda, dan sebab itu tokwan buat keputusan untuk mengahwini janda muda, Piah, yg berumur 25 tahun yg masih bergetah.

Piah pula baru je menjanda kerana suaminya dulu mati dibaham harimau kat hutan Sintok. Piah memang seorang yg cantik, bergetah, seksi dan selalu menjadi rebutan org kampung sebelum dia berkahwin dulu. Sekarang ini bila je piah ni menjanda, ia telah menjadi suatu khabar gembira buat semua org lelaki kt daerah kubang pasu.

Bila tersebar kad jemputan kahwin antara tokwan dan piah, org lain ketawa, kerana Piah sanngup mengahwini tokwan yg dah berusia. Org2 perempuan pulak sibuk mengumpat mengatakan piah ni mata duitan kerna sanggup kahwin ngan tokwan yg kaya dan tua bangka.. tapi hakikatnya Piah memang mengahwini tokwan kerana harta untuk jaminan masa depan dia.Piah sudah tidak sanggup hidup susah lagi.
read more…

Posted by: zul  /  Category: Blog, Borak Kosong, Life

Peneraju-Peneraju Industri Laman Web Berinfomatif

Laman web.Nama pun laman web.Apa guna laman web yang pesat bertumbuh.Setakat maju dalam grafik dan aplikasi flash tetapi kosong buat apakan.Oklah pembaca-pembaca blog ku yang disyangi sekalian, aku dengan kacaknya hari ini ingin membawa satu topik baru hari ini.Peneraju Laman Web Berinfomatif.

Oklah.Bila korang mau buat asgment,buat projek,ataupun mencari maklumat , perkara pertama yang mungkin korang akan korang lakukan ialah mengooglekan diri.Bila dah google tuh..mesti Pakcik Google dan Pakcik Sewaktu dengannnya akan bagi result.Dan result yang pertama tentulah dari Wikipedia.Tanpa melengahkan masa,aku selaku tuan tanah blog ini dengan kacak dan penuh takzimnya ingin berdiskusi pasal laman-laman web yang berinfomatif ni.Antara laman web berinfomatif ialah:

Wikipedia

Wikipedia adalah merupakan projek terbuka enklopedia .Wikipedia berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat-maklumat yang baru dimana segala data-data boleh diubah mengikut kehendak pengguna.
Rencana-rencana dalam Wikipedia merupakan hasil kerjasama para penyumbang dari seluruh dunia. Laman web ini merupakan laman web jenis wiki, yang bererti sesiapapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, dan menambahkan informasi dalam sesebuah rencana dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap laman.
Wikipedia merupakan salah satu projek Wikimedia Foundation, Inc. yang juga telah mencipta keseluruhan projek Wikipedia, antara lain seperti Wikiquote, Wiktionary, Wikisource, Wikibooks dan Wikinews. Di Wikipedia dan projek yang lain, anda diharap untuk berani menyunting, dan turut menyumbangkan pengetahuan pada bidang pengetahuan yang anda minati.
Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger, dan beberapa penyumbang laman Wikipedia bahasa Inggeris. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif yang menyumbang dalam 7,000,000 rencana dalam lebih daripada 260 bahasa. Ketika ini terdapat 38,842 rencana bahasa Melayu; setiap hari ratusan ribu pengunjung dari seluruh dunia melakukan puluhan ribu suntingan dan mencipta ribuan rencana baru di seluruh Wikipedia. read more…

Posted by: zul  /  Category: Komputer & IT