RSS Banner


Sesi Temujanji Pertama ( Part 3)

Beberapa hari kemudian , sewaktu aku sedang sibuk bekerja tiba-tiba masuk sebuah mesej teks ke dalam peti masuk mesej Nokia 3310 ku…
Mesejnya berbunyi seperti ini:

Hai awak..tengah wat apa tu?
Balasan ku terhadap mesej dia:
Siapa ni ? Tak der dalam phone contact pun…
Selang beberapa minit kemudian , balasan dari sidia masuk peti masuk mesej..
Ala..takkan dah lupa kita kot..Hurmm..xper2 biar saya kenalkan diri saya semula..saya faizah…masih ingatkah?

Aku yang membaca mesejnya itu tersentak dan dalam erti kata yang lain tergamam . Mungkin definisi perkataan yang aku gunakan kurang sesuai untuk menceritakan situasi aku..namun perlu aku gunakan kerana aku sendiri tidak tahu apakah perasaan yang aku sedang alami ketika itu . Gembira bercampur terharu ataupun gembira bercampur teruja…
Ingat jugak kau Faizah kat aku ( bisikan dalam hatiku )..Dari secebis pesanan teks ringkas yang Faizah berikan kepada aku..kini aku mempunyai nombor fon Faizah.
Jimmy yang mengetahui perkara itu..berkata

Jimmy: Wah sudah maju kau..Zul..
Aku: Ala..apa yang majunyer..kalau aku maju dah lama dah aku berhenti kerja dari kedai spek mata nih..
Jimmy: Hello kawan..aku cakap pasal girl hari itulah..
Aku: owh..aku ingat apa tadi..ala aku dengan dia takder apa-aper lah..
Jimmy: but for this time jer lahkan…hahahaha..( ketawa terbahak-bahak) (kalau sesiapa ada kawan macam Jimmy ni tolonglah nasihat sikit bukan takut apa..takut dia mati tersedak masa ketawa…haha..tak makan nasihat sekeh jer..keh3x..)
Aku: Whatever..

Aku meninggalkan Jimmy yang masih terbahak-bahak di kaunter pameran premis itu dan pergi ke bahagian stor untuk menyemak stok design frame yang boss aku tempah bulan lepas.

Dari sebuah mesej yang bermula dari Faizah itu..aku mula dapat mengenali hati budi Faizah . Aku dapati Faizah mempunyai sesuatu yang menarik di dalam jiwanya iaitu perasaan malunya bernilai dan setiap kata-katanya berhikmah.Banyak perkara aku dapat kongsi dan aku mempelajari sesuatu iaitu ketulusan hati amatlah penting dalam setiap hubungan. Satu hari keberanian yang datang kepadaku..memungkinkan aku mengajak Faizah untuk kali pertama keluar makan .
Dalam sebuah perbualan telefon:

Aku: Assalamualaikum..
Faizah: Waalaikumussalam..( dalam nada halus)
Aku:Errr..ada kat mana tu ?
Faizah: kat rumahlah…naper?
Aku:Errr..this weekend ni..awak free tak?
Faizah: Free jer..kenapa awak?
Aku:macam mana kalau saya ajak awak keluar?
Faizah: Ermm..keluar ke mana? saya tak biaslah lah sebab sebelum ni tak ada pun lelaki ajak saya keluar.
Aku: Owh..ye ker.? Habis macam mana nih? Boleh tak?
Faizah: Hurmm..sabtu ni bolehlah…tapi sekejap jer tau..dan satu lagi waktu siang jer okay..?
Aku: Terima kasih ..sebab sudi..

read more…

Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif

Cinta Baru Bermula (Part 1)

gjhk

Sesekali tu mahu juga aku meluahkan apa perasaan aku yang sebenarnya. Cukuplah walaupun hanya di dalam blog yang beralamat Zulfitry.com. Bukan ingin meminta simpati ataupun belas kasihan , tetapi hanya ingin berkongsi sebuah kisah di mana mula satu episod baru bermula dalam mendefinisikan apa itu Cinta…

Kisahnya bermula semasa aku sedang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya yang terkemuka di ibunegara iaitu Pavilion KL. Aku bekerja di salah sebuah kedai yang terdapat di dalam pasaraya itu . Kedai apa ? Kedai Cermin Mata ataupun nak sedap lagi spek mata. Kiranya pada waktu tu ,tempat aku kerja tu ada offer untuk para pelajar yang ingin membeli cermin mata.

Nak dijadikan cerita , maka satu hari tuh datanglah seorang customer dengan ayahnya.Customer aku tu perempuan. Anak ayah maybe..dalam fikiran aku . Aku sebagai seorang jurujual yang mempunyai kewibawaan pantas menyapa customer aku tuh.

  • Perbualan aku seperti berikut:
  • Aku: Ya..encik..selamat petang. boleh saya bantu?
    Ayah dia: Anak saya nih nak cari spek baru..boleh awak rekemen mana yang sesuai? Hah..Faizah pegi pilih.
    Aweks : Yer..daddy..(dalam nada manja yang pasti meruntun hati setiap kaum Adam)
    Aku :Hurmm..awak boleh pilih .Kalau berkenan silalah ambil dan cuba.Kalau x sedap ,pilih lagi.Banyak lagi design nih..kat stor pun banyak lagi design frame yang baru..
    Aweks:Hurm..saya nak yang tuh.Yang frame warna maroon tuh..
    Aku:Ok..nah awak cuba dulu..sesuai tak?
    Ayah dia:Faizah cuba dulu..kalau x sedap pakai..pilih lain..
    Aweks: Daddy..dia nyer penyokong hidung x sesuailah dengan hidung Faizah..
    Ayah dia: Kalau macam tu,pilih yang lain..
    Aweks: Hurm..mana satu nih yer..
    Aku : Saya kalau jadi awak amik design nih..sebab design frame nih sesuai dengan face awak..
    Aweks : Owh..yeker..Kalau macam tuh , bagi saya yang tuh lah (sambil tangan ya menunjuk ke arah spek mata frame berwarna merah metallic yang aku rekemen kan tuh.
    Aku: Nah..cuba pakai..selesa tak?
    Aweks: Selesa..
    Ayah dia: Faizah..macam mana? Nak tak?
    Aweks: Bolehla..daddy.
    Aku: Boleh tak?
    Aweks: Ya..boleh
    Aku: Ok..kalau macam tu sila ikut saya dekat sana..Check power mata ya..
    Aweks: Ok..

  • Dia pun mengekori aku ke tempat mesin check power mata tuh.Dan terjadi sekali lagi perbualan aku dengan awek tuh..:
  • Aku: Jap ek..sila duduk.
    Aweks: Ermm..
    Aku:Letak muka atas penahan dagu yer..nampak tak cahaya kat dalam tuh?
    Aweks:Nampak.ok..
    Aku:Tunggu kejap yer..

    fg
    Perbualan aku terhenti sebentar kerana aku sedang menekan button-button yang ada dekat mesin check mata tuh dan menekan button untuk print result mata.

    Aku:Ok.siap.
    Aweks:okay..
    Aku:Esok..boleh datang ambil spek mata..cermin mata siap esok
    Aweks:Baiklah..

  • Selepas itu aku menguruskan resit tempahan cermin mata dan depositnya.Dan disitu berakhirlah perbualan aku untuk sesi menjual beli hari tu..Keesokan harinya..sesi untuk penyerahan spek mata untuk customer tersebut.Kali ni..awek tu datang sorang jer..tanpa ditemani sesiapa.Memandangkan peluang keemasan jarang berlaku ,aku mulalah menjual minyak..Maka aku meneruskan sesi perbualan untuk kali ketiga..bro..!!!

  • read more…

    Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif

    Apa Kes Aku Ni?

    Tanggal 28 Februari yang lalu merupakan tarikh yang aku ingati.Dari screen laptop ku..aku mula teringat seorang rakan semasa di tingkatan 4 dahulu.Kawan perempuan? Ya..kawan perempuan.Sejak dia berpindah ke sekolah lain semasa awal form 5.Err..kelihatan emosional sedikit semasa menulis entry.Dinasihatkan kepada semua pelayar blog ini,jangan terbawa-bawa perasaan yang aku alami sekarang ini.
    Sebenarnya entri kali ini berbaur peribadi dan kadang-kala mengundang perasaan sedih kepada aku sendiri.Yup..berbalik semula kepada storyboard asal entri ni.Selepas “kawan perempuan” aku ni pindah aku mula kehilangan arah.Entah mengapa aku sendiri tidak tahu.Adakah ini cinta ataupun perasaan sayang?Aku sendiri pun tidak tahu dan tidak mengerti kenapa itu berlaku.
    xzax4
    Untuk pengetahuan semua..selepas beberapa bulan pemergiannya ker..sekolah baru , aku juga ada calling-calling “kawan perempuan” aku tu.Perbualan aku dengannya adalah seperti berikut.
    read more…

    Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong, Life