Permulaan Yang Memeritkan..
Sudah habis cuti sem..maka mulalah kehidupan sebagai seorang pelajar semula . Well , kali ini sem dimulakan dengan keadaan yang kurang menyenangkan kerana aku terpaksa melalui kesulitan untuk proses perpindahan kolej kediaman.
Bilik yang disediakan agak sempit dan boleh dikatakan kolej kediaman sebelum ini amatlah luas berbandingkan kolej kediaman ketika ini.Terpaksa pula mengunakan katil double decker yang bagi aku amat kurang menyenangkan kerana terpaksa turun-naik tangga.
Dan masalah yang paling besar ketika ini ialah ketiadaan wifi kerana kemudahan tersebut masih belum diinstall. Katanya baru nak keluar tender. WTF?
(more…)