Tag Archives: merdeka 2009
Article

Katakan Tidak Pada Demonstrasi Jalanan

Apa nak jadi Malaysia sekarang nih. Demonstrasi sana-sini. Ada yang nak demonstrasi pasal bahasa, ada yang demonstrasi pasal ISA yang takder kena mengena dengan diaorang nih dan ada juga demonstrasi sebab suka-suka . Entahlah Zul pun tak faham apasal diaorang suka sangat buat benda nih.

Nak kata negara Malaysia tak maju , tapi maju..rakyat sihat dan kematian di Malaysia selalunya berpunca dari pengambilan makanan yang berlebihan. Nak apa lagi? Semua nak free ? Semua nak subsidi ? Cubalah anda semua selami dan fikirkan dalam-dalam bahana demonstrasi itu terhadap orang lain. Jangat ingat kepentingan anda sahaja.Fikirkan peniaga-peniaga ,orang awam dan pekerja yang berkaitan perkhidmatan. Pasti mereka akan terjejas . Anda mahu tanggung ker?

Begitu jugalah yang terjadi di Iran baru-baru ini. Tak tahulah ini dakyah propaganda Amerika atau tak tapi semacam ada gerakan luaran yang mahu meruntuhkan kerajaan Iran yang sedia ada sekarang. Yang jadi boneka rakyatnya sendiri. Seeloknya sebagai rakyat yang ada keintelektual fahami bahawa demonstrasi jalanan itu bukan budaya kita.

Sepatutnya kita mesti ada semangat perpaduan yang kuat dan benteng pemikiran yang kebal bagi menangkis dakyah-dakyah jahat yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana dunia sekarang sedang mengalami globalization of civilization. Maknanya dunia ini akan dikuasai oleh yang dominan sahaja. Jangan ikut emosi dan beremosional dengan melulu kerana ingat ini negara anda ,tanah tumpah darah anda. Jadi pertahankan dan jangan membuat onar.

Okaylah sempena bulan kemerdekaan ini , Zul menyeru kepada rakan-rakan semua supaya bersama-bersama menghayati erti kemerdekaan yang hakiki kepada kita. Walaupun merdeka sudah 52 tahun , tapi ingat musuh diluar sentiasa menanti!! Jadi siapkan diri kita dengan jati diri yang kuat dan jadilah bangsa yang berilmu.
(more…)

Leave a Comment
Article

Tak boleh nak update blog

Salam. Zul nak memintak maaf sangat pada semua readers blog nih. Bukan apa sebab sebelum ni Zul ada janji nak update korang tentang si Faizah tuh , tapi tulah pasalnya bila tugas membelenggu kehidupan ini maka komitmen terhadap blog pasti akan berkurangan.Dan sejak kebelakangan ni Zul rasa page blog Zul ini sukar untuk diloading. Entah sebab apa tah? Rawanaz boleh tolong jawab tak?

dsfs

Oh ya..kepada mereka yang sedang bercuti angkara selsama ba** @khinzir , berseronoklah dulu korang yer..Zul punya uni setakat ini elok jer..Sihat jer..tiada penutupan..maklumlah uni kami mengamalkan kebersihan..Adik-adik sekolah menengah ,rendah yang bercuti tuh janganlah membuang masa dengan perkara yang tak berfaedah .Pergi basuh pinggan ker atau tolong WHO buat vaksin? Reti tak?

Dalam sebulan ni , Zul dah layan lebih kurang 3 movie kat cinema. Semuanya macam hampeh..tak berbaloi kata orang..Kalau Amy Search kata berbaloi-baloi..ketuk jer kepala dia..haha.Dan ya..berita gembira juga duit penaja yang kami sayangi PTPTN sudah debitkan wang dalam akaun Zul..lepas tolak yuran yang mahal nak mampus tuh..adalah 2k tinggal..kalau budak UiTM lagi best yuran RM500 jer..dah cukupkan..PTPTN x jejas langsungkan? Kan kan?
(more…)

Leave a Comment