Article
Apa nak jadi Malaysia sekarang nih. Demonstrasi sana-sini. Ada yang nak demonstrasi pasal bahasa, ada yang demonstrasi pasal ISA yang takder kena mengena dengan diaorang nih dan ada juga demonstrasi sebab suka-suka . Entahlah Zul pun tak faham apasal diaorang suka sangat buat benda nih.
Nak kata negara Malaysia tak maju , tapi maju..rakyat sihat dan kematian di Malaysia selalunya berpunca dari pengambilan makanan yang berlebihan. Nak apa lagi? Semua nak free ? Semua nak subsidi ? Cubalah anda semua selami dan fikirkan dalam-dalam bahana demonstrasi itu terhadap orang lain. Jangat ingat kepentingan anda sahaja.Fikirkan peniaga-peniaga ,orang awam dan pekerja yang berkaitan perkhidmatan. Pasti mereka akan terjejas . Anda mahu tanggung ker?
Begitu jugalah yang terjadi di Iran baru-baru ini. Tak tahulah ini dakyah propaganda Amerika atau tak tapi semacam ada gerakan luaran yang mahu meruntuhkan kerajaan Iran yang sedia ada sekarang. Yang jadi boneka rakyatnya sendiri. Seeloknya sebagai rakyat yang ada keintelektual fahami bahawa demonstrasi jalanan itu bukan budaya kita.
Sepatutnya kita mesti ada semangat perpaduan yang kuat dan benteng pemikiran yang kebal bagi menangkis dakyah-dakyah jahat yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana dunia sekarang sedang mengalami globalization of civilization. Maknanya dunia ini akan dikuasai oleh yang dominan sahaja. Jangan ikut emosi dan beremosional dengan melulu kerana ingat ini negara anda ,tanah tumpah darah anda. Jadi pertahankan dan jangan membuat onar.
Okaylah sempena bulan kemerdekaan ini , Zul menyeru kepada rakan-rakan semua supaya bersama-bersama menghayati erti kemerdekaan yang hakiki kepada kita. Walaupun merdeka sudah 52 tahun , tapi ingat musuh diluar sentiasa menanti!! Jadi siapkan diri kita dengan jati diri yang kuat dan jadilah bangsa yang berilmu.
(more…)
August 7, 2009
amerika, assignment titas, barang percuma, budaya, demonstrasi jalanan, demostrasi jalanan, dominan, election demonstration at iran, gambar demonstrasi di iran, hadiah percuma, intelektual, iran, iran demonstration, iranian, keamanan, kerajaan iran, kerajjan malaysia, kerjaan, kucing, makan tikus, malaysia national day, merdeka 2009, merdeka 2009 kl, merdeka 2009 malaysia, onar, peniaga, percuma, perkhidmatan, propaganda barat, singapore national day, twitter merdeka 2009
Article

Semalam..sebelum perlawanan Manchaster United dengan Barca ,aku menonton berita di RTM1.Dalam berita tu aku agak terkejutlah dengan ketidakmanusiaan yang berlaku apabila ada Ah long ataupun ceti haram (haram tapi yang peliknya berdaftar dengan kementrian kewangan) mengurung peminjamnya yang gagal melunaskan pinjaman.

Celaka betulkan Ah Long ni.Yang menjadi mangsa orang yang memang terdesak ataupun sedang mengalami kesempitan wang.Mana taknya..kebanyakan yang meminjam ni merupakan golongan peniaga ataupun pengusaha kecil-kecilan.Mereka memerlu kan modal untuk rolling back capital.Tapi ada juga peniaga ataupun pengusaha yang memang tidak mahir dalam mengurus kewangan yang menyebabkan mereka terjebak dengan Ah Long si keparat ni bagai lintah menghisap segala bendalir badan manusia.
Sekarang ni ada agensi yang menolong peniaga-peniaga ni.Ingat lagi iklan kami bukan Ah Long kami cuma nak tolong.Mungkin beberapa terma dan syarat oleh agensi terbabit menyukar peminjam untuk meminjam.Contohnya,hendak cagaran dan sebagai.Lagi satu penjamin.Siapa yang hendak menjamin jika mengetahui korang memang sesak waktu tuh..dan aku pun tidak akan dan tidak mahu menjadi penjamin bagi orang terdesak macam tu.
(more…)
May 28, 2009
add math project 2009, advertlets, ah long kejam, ah long tidak berperi kemanusiaan, ah long zalim, along, ar-rahnu, bank islam, hutang dengan ah long, hutangah long, jawapan dan contoh solan kertas spm 2009, jawapm kerja projek matematik tambahan 2009, kertas soalan spm 2009, kurung magsa, kurung mangsa, mangsa ah long, mangsa ah long dikurung, melayu, melayu boleh, muamalat, pajak gadai, pajakan islam, peniaga, projek add math 2009, spm add math project