Tag Archives: sakit gigi geraham
Article

Bila Gigi Geraham Bongsu nak Tumbuh..

Dua dan tiga hari kebelakangan ni Zul sakit.Kesakitan yang amat menyakitkan sehingga mengurangkan nikmat makan Zul selama ini.Rupaya wisdom teeth ataupun gigi geraham bongsu nak tumbuh.Gigi baru tuh baru nak keluar secara sedikit-sedikit.Mengikut kajian yang Zul lakukan ,gigi geraham bongsu ini selalunya akan tumbuh kepada mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun.Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian tentang geraham bongsu nih:

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.

Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.

Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.
news3_clip_image0011
Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.
(more…)

Leave a Comment