RSS Banner


Kenapakah semua itu berlaku?

Image Hosted by ImageShack.us

Aku memang suka baca benda yang boleh bagi tergelak dan gembira. Baru baru ni aku ada baca sedikit lawak bodoh dekat laman web lawakjenaka. Berikut adalah antara yang aku baca:

No 1

Satu kajian yang telah dijalankan oleh sebuah organisasi luar negara membuktikan lelaki lebih cepat gemuk selepas berkahwin berbanding wanita. Hal ini kerana, setaip malam lelaki dihidangkan dengan duadua paha ayam yang besar, dua bekas susu segar dan sekeping apam yang segar, sedangkan wanita hanya menikamati sebiji pisang dan dua biji telur sahaja…Walaubagaimanapun sebiji pisang sudah memadai untuk mengenyangkan wanita selama sembilan bulan kerana pisang terbabit mempunyai khasiat semulajadi yang sungguh enak dan lazat hingga menjilat jari. …
Ps:Aku rasa kajian diaorang ni memamng tepatlah..superb ler..

read more…

Posted by: zul  /  Category: Borak Kosong

Cinta Baru Bermula (Part 1)

gjhk

Sesekali tu mahu juga aku meluahkan apa perasaan aku yang sebenarnya. Cukuplah walaupun hanya di dalam blog yang beralamat Zulfitry.com. Bukan ingin meminta simpati ataupun belas kasihan , tetapi hanya ingin berkongsi sebuah kisah di mana mula satu episod baru bermula dalam mendefinisikan apa itu Cinta…

Kisahnya bermula semasa aku sedang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya yang terkemuka di ibunegara iaitu Pavilion KL. Aku bekerja di salah sebuah kedai yang terdapat di dalam pasaraya itu . Kedai apa ? Kedai Cermin Mata ataupun nak sedap lagi spek mata. Kiranya pada waktu tu ,tempat aku kerja tu ada offer untuk para pelajar yang ingin membeli cermin mata.

Nak dijadikan cerita , maka satu hari tuh datanglah seorang customer dengan ayahnya.Customer aku tu perempuan. Anak ayah maybe..dalam fikiran aku . Aku sebagai seorang jurujual yang mempunyai kewibawaan pantas menyapa customer aku tuh.

  • Perbualan aku seperti berikut:
  • Aku: Ya..encik..selamat petang. boleh saya bantu?
    Ayah dia: Anak saya nih nak cari spek baru..boleh awak rekemen mana yang sesuai? Hah..Faizah pegi pilih.
    Aweks : Yer..daddy..(dalam nada manja yang pasti meruntun hati setiap kaum Adam)
    Aku :Hurmm..awak boleh pilih .Kalau berkenan silalah ambil dan cuba.Kalau x sedap ,pilih lagi.Banyak lagi design nih..kat stor pun banyak lagi design frame yang baru..
    Aweks:Hurm..saya nak yang tuh.Yang frame warna maroon tuh..
    Aku:Ok..nah awak cuba dulu..sesuai tak?
    Ayah dia:Faizah cuba dulu..kalau x sedap pakai..pilih lain..
    Aweks: Daddy..dia nyer penyokong hidung x sesuailah dengan hidung Faizah..
    Ayah dia: Kalau macam tu,pilih yang lain..
    Aweks: Hurm..mana satu nih yer..
    Aku : Saya kalau jadi awak amik design nih..sebab design frame nih sesuai dengan face awak..
    Aweks : Owh..yeker..Kalau macam tuh , bagi saya yang tuh lah (sambil tangan ya menunjuk ke arah spek mata frame berwarna merah metallic yang aku rekemen kan tuh.
    Aku: Nah..cuba pakai..selesa tak?
    Aweks: Selesa..
    Ayah dia: Faizah..macam mana? Nak tak?
    Aweks: Bolehla..daddy.
    Aku: Boleh tak?
    Aweks: Ya..boleh
    Aku: Ok..kalau macam tu sila ikut saya dekat sana..Check power mata ya..
    Aweks: Ok..

  • Dia pun mengekori aku ke tempat mesin check power mata tuh.Dan terjadi sekali lagi perbualan aku dengan awek tuh..:
  • Aku: Jap ek..sila duduk.
    Aweks: Ermm..
    Aku:Letak muka atas penahan dagu yer..nampak tak cahaya kat dalam tuh?
    Aweks:Nampak.ok..
    Aku:Tunggu kejap yer..

    fg
    Perbualan aku terhenti sebentar kerana aku sedang menekan button-button yang ada dekat mesin check mata tuh dan menekan button untuk print result mata.

    Aku:Ok.siap.
    Aweks:okay..
    Aku:Esok..boleh datang ambil spek mata..cermin mata siap esok
    Aweks:Baiklah..

  • Selepas itu aku menguruskan resit tempahan cermin mata dan depositnya.Dan disitu berakhirlah perbualan aku untuk sesi menjual beli hari tu..Keesokan harinya..sesi untuk penyerahan spek mata untuk customer tersebut.Kali ni..awek tu datang sorang jer..tanpa ditemani sesiapa.Memandangkan peluang keemasan jarang berlaku ,aku mulalah menjual minyak..Maka aku meneruskan sesi perbualan untuk kali ketiga..bro..!!!

  • read more…

    Posted by: zul  /  Category: Penulisan Kreatif

    Photoscape Memang Mudah!!!

    Korang semua ingin kebebasan dan keriangan semasa menulis blog. Kini korang boleh berkarya secara bebas dan suka-suki kerana Photoscape kan ada.Photoscape merupakan sebuah perisian percuma di pengguna boleh mengunakannya untuk membuat frame,simple gif animation,mengabungkan gambar dan memframekannya,editing ringkas dan meletakkan teks di dalam gambar.
    untitled

    Seperti yang kita maklum, Photoscape membolehkan kita membuat dan mencorakkan gambar kita dengan pelbagai gaya dan template.Berikut adalah antara hasil gambar yang dibuat dengan Photoscape.

    [pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=Xa2SET6v-aw[/pro-player]

    read more…

    Posted by: zul  /  Category: Uncategorized

    Selatan Thai dan Saudara Semuslimku..Apa khabar?

    sabra_shatila_massacres

    Ya..kepada semua pelayar sebelum aku memulakan entri ini..alangkah baiknya jika kita menyedekahkah al-Fatihah berikitan tragedy berdarah yang berlaku di Selatan Thailand baru-baru ini.

    Semasa entri ini ditulis , aku masih lagi tersentak takkala mendengar berita 12 orang muslim di Narathiwat telah dibunuh dengan kejamnya semasa mereka sedang khusyuk menunaikan solat Isyak.Bagi aku, sememangnya peristiwa ini memeberikan impak dan kesan terutamanya kepada umat Islam di Selatan Thailand.

    Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.Adakah perlu kita menuding jari kepada pihak yang melakukannya.Apakah hukuman sesuai untuk pelaku jenayah keganasan seperti ini.Apa yang aku tahu , keganasan di Selatan Thailand ini berpunca dari ketidakpuashatian sesetengah non-muslim disana terhadap penduduk muslim.
    Thailand Southern ViolenceKejam,ngeri, dan out of norma perlakuan si penganas yang melakukan perbuatan ini.Bagi aku,apa yang patut kita lakukan sekarang ini sebagai ummah yang bersatu di bawah paying agama Islam ialah mengunakan senjata utama kita iaitu doa dengan memhon kepada Allah S.W.T supaya umat Islam dijauhkan dari malapetaka dan kekejaman musuh Islam.
    Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan ummah amat penting dalam menghadapi ancaman dari musuh .Apa yang penting juga..sebagi umat Islam kita haruslah memberi contoh yang baik kepada yang non-muslim.Jangan kita sebagai umat Islam menunjuk sifat ekstrim yang tidak pernah diajar oleh Islam kerana perbuatan seperti itu memberi tanggapan serong oleh non-muslim kepada muslim.
    Islam merupakan agama toleransi selagi tuntutan toleransi itu tidak membatasi syariat Islam.Masih ingatkah lagi kisah Shabra Shatila di Shabra dan Shatila di Beirut di mana peristiwa berdarah berlaku yang menyayat hati iaitu pembantaian ribuan orang pelarian palestin .Ramai muslim dibunuh oleh si laknat Yahudi.
    read more…

    Posted by: zul  /  Category: Isu Semasa, Life